Selasa, 11 November 2014

Perkara Asas Bisnes Online

Teks: Norliza Tomiran
Gambar & Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Assalammualaikum

   Pada hari sabtu yang lepas, saya berkesempatan untuk pulang ke rumah emak abah saya. Saya ternampak Majalah Mingguan Wanita yang terbaru. Majalah kesukaan saya emak dan saya. Tiba2 saya terpandang artikel yang bertajuk "Perkara Asas Sebelum Menjual Secara Online". Penulis atikel ini adalah Puan Masayu Ahmad, pengasas ABDR.


   Antara Panduan Asas yang menarik dan sedikit ulasan dari saya ialah: 
  •  KEMAHIRAN MENJUAL
  1. Mengasah kemahiran menjual menggunakan jualan dan  promosi.
  2. Sentiasa melakukan promosi atau jualan sehingga mendapat pelanggan pertama.
  3.  Jangan mudah berputus asa.
  •  LATIH TUBI JUALAN
  1. Ilmu Pemasaran adalah amat penting untuk bakal usahawan yang tiada pengalaman.
  2. Mesti meletakkan sasaran jualan.
  3. Mesti fokus dan konsisten dalam meletakkan matlamat jualan. 
  4. Sentiasa buka kedai Online.
Mengapa bisnes online.
  • TIDAK PERLU KEDAI FIZIKAL
  1. Kedai Fizikal memerlukan modal yang besar
  2. Kedai Online melalui Blog atau FB hanya memerlukan komputer dan talian internet.
  •  MENGGUNAKAN LAMAN SOSIAL
  1. Menggunakan pengaruh laman sosial seperti Facebook.
  • KOS MINIMA
  1. Jika tiada modal untuk menjadi usahawan boleh mula dengan Dropship.
  2. Untuk usahawan baru hanya kos akses internet sahaja
   Sebenarnya perkara-perkara asas yang di tulis Puan Masayu Ahmad dalam artikel itu, adalah ilmu saya pelajari bila menyertai ABDR. Malah setiap kali entri baru di tulis, "Total Pageview" meningkat dengan cepat. Ini kerana adanya link saya di blog rakan-rakan ABDR. Ini amat- amat membantu untuk jualan mahupun untuk "Like Fanpage" di FB. Bagi saya erti kata lain kerja berjemaah. Malah banyak yang saya belajar bila menyertai ABDR. Mungkin ada yang saya tahu, tetapi tidak terperinci. Alhamdulillah, kini lebih terperinci dan positif.

Sekian.

Salam Sayang.
Berminat dengan pakej ini??  Hubungi saya

Norliza Tomiran

http://pnnorlizatomiran.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan