Selasa, 18 November 2014

Cross-stitch

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Koleksi Peribadi

Assalammualaikum..

  Baru2 ini ada perbincangan mengenai minat cross-stitch ini di dalam group. Alhamdulillah, ramai juga rakan-rakan yang minat. Saya sememangnya minat. Semasa darjah 5, emak saya sudah ajar ilmu menjahit ini. Terutama cross-stitch, sulaman tampal dan sulaman penuh jahit tangan  serta mengait. Tetapi sayang untuk mengait saya sememangnya tidak lepas.Saya dan emak berkongsi minat yang sama. Cuma pada masa itu emak sememangnya mengambil tempahan. 

   Peristiwa yang saya masih ingat sampai sekarang, saya menghadiahkan guru kelas saya semasa darjah 6 sejambak bunga yang mengunakan sulaman penuh jahitan tangan. Mungkin tidak secantik orang dewasa, tetapi guru saya suka. Itu satu kepuasan pada saya. Saya juga pernah menghadiahkan guru seni semasa tingkatan 5 melalui seni jahitan kotak mengunakan tali rafia. Sayang sekali tiada kenangan. Sebenarnya emak yang ajar. Saya buat untuk mengisi alatan lukisan saya kerana saya mengambil seni lukis. Bila  guru sudah berkenan, saya terus hadiahkan. Penghargaan buat saya. Ini kerana guru seni saya sememangnya terkenal dengan ketelitian.

   Semasa bujang saya masih meneruskan minat menjahit ini. Terutama cross-titch. Ada juga saya buat penanda buku sebab saya suka baca novel ketika itu. Tetapi kini tidak di ketahui kemana hilangnya penanda buku itu. Cuma ini dalam simpanan saya. 




  Cross-stitch yang 2 ini sampai sekarang saya tidak "frame" kan lagi.  Saya tidak juga menjualnya walaupun ada yang ingin membeli.  Ini kerana saya tidak akan menjahit cross-stitch yang sama. Saya jemu kerana ia memerlukan pengiraan, kesabaran, ketelitian serta ke tekunan. Saya juga masih menyimpan gambar pemandangan yang hanya suku siap. Bila ada anak- anak kecil, pengiraan selalu salah. Jadi saya simpan dulu untuk masa akan datang.

   Semasa bujang saya kerap ke perpustakaan untuk mencari buku-buku cross-stitch ini. Buku luar negara malah kos buku yang tinggi. Pada masa itu juga saya kurang terdedah pada internet. Jadi tidak tahu mana hendak mencari sumber. Jadi pergi ke perpustakaan daerah untuk membuat pinjaman buku untuk "fotostat" yang mana saya dan emak berminat.

  Harga benang juga semakin mahal. Jika dahulu hanya dalam 80sen, kini sudah mencecah RM1.80 untuk seikat benang. Benang ini banyak jenama, tetapi saya suka pada jenama DMC. Kualiti benang ini berbeza termasuk warnanya. Malah bertahun saya simpan benang ini, masih elok. Untuk kos "frame" pun sudah meningkat. Sesiapa yang hendak mengambil upah banyak kos perlu dikira.
  
   Pada saya, jahitan tangan lagi tinggi nilainya. Ini kerana jahitan tangan memerlukan ketelitian. Jadi jika tiada mesin jahit masih mampu meneruskan minat menjahit. Mesin jahit bukan halangan minat. Cross-stitch ini sememangnya tidak luput di zaman. Malah lagi tinggi nilainya kerana tidak semua orang sanggup membuat kemudian menjual. Sayang hasil tangan sendiri. Sekian

Salam Sayang



   Ingin mendapatkan produk i-Mukmin ini??. Boleh hubungi saya

Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com  

SMS: 012-2431590  
Tempahan: Clik Di Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan