Gambar: Peribadi
Assalammualaikum.
Alhamdulillah.. saya baru berkesempatan untuk membuat toturial barut bayi. Saya bukan menjual barut bayi. Saya hanya menjahit untuk anak-anak saya sahaja. Kiranya untuk kegunaan sendiri. Saya menggunakan kain cotton untuk bahagian luar dan kain popplin atau kain fannel untuk bahagian dalam. Kain popplin saya beli online. Tetapi kain fannel saya beli di Nagoya sahaja.
Sebenarnya kain cotton biasa pun boleh juga untuk bahagian dalam dan luar barut bayi ini. Saya menggunakan kain cotton bercorak kerana ada perca-perca yang agak besar sedikit. Ukuran pula cukup untuk membuat barut bayi. Jadi untuk mengelakkan pembaziran, saya menggunakan perca-perca yang sedia ada. Saya membuat saiz L, ini kerana anak-anak saya agak cepat gebu semasa dalam pantang lagi.
![]() |
Potong 2 helai kain berukuran 22"(Panjang) X 7"(Lebar). Ukuran termasuk 1/2" basi jahitan. |
![]() |
Ambil kain cotton untuk bahagian luar dan lipat 2 |
![]() |
Tandakan 1 1/2" lebar. |
![]() |
Tandakan 4" panjang. |
![]() |
Buatkan lekuk dengan menggunakan pembaris L. |
![]() |
Kemudian potong dan jadi begini. |
![]() |
Bila di bentang kain tadi, akan mendapat ukuran lekuk tadi ialah 8" X 1 1/2". Ambil kain yang selapis lagi dan pinkan. Kemudian potong bagi mendapatkan ukuran yang sama. |
![]() |
Jadi begini dan pinkan. |
![]() |
Kemudian jahit secara terbalik. Tetapi bahagian yang atas jangan di jahit. Ini kerana nanti ingin di terbalikkan. |
![]() |
"Snap" bahagian yang lengkuk tadi. Ini bertujuan untuk memudahkan proses terbalikkan kain. |
![]() |
Selepas di terbalikkan, ukur ukuran barut yang di kehendaki. Saya buat saiz L. Iaitu 21" X 6" |
![]() |
Setelah di tanda ukuran yang di kehendaki, di bahagian atas di lipat masuk ke dalam. Kemudian pinkan. |
![]() |
Setelah di pin, jahit tidih di sekeliling barut tadi. |
![]() |
Setelah di jahit tindih di sekeliling barut. Bahagian hadapan. |
![]() |
Bahagian belakang |
![]() |
Kemudian ukur lebar barut, dan di bahagi kepada 3 bahagian. Ini kerana untuk menjahit tali barut. |
![]() |
Pinkan tali barut yang telah di potong tadi di tempat yang telah di tanda. |
![]() |
Kemudian jahit dalam anggaran 1" sahaja untuk setiap tali. |
![]() |
Begini keadaan barut bayi yang telah siap. |
![]() |
Barut bayi yang di bentangkan. |
![]() |
Pemandangan untuk bahagian dalam. |
terima kasih sis..
BalasPadamSalam,
BalasPadamIzinkan sy mengongsi tuto ini di page fb sy : kainperca scrap & remnant. Terima kasih, puan.
Waalaikumsalam..sila2 puan
BalasPadamMohon share. Halalkan segala ilmu yg diberikan yea Pn.
BalasPadamSila2..Saya halalkan.Kita sama2 panjangkan ilmu :)
BalasPadam