Assalammualaikum..
Di sebabkan minggu ini saya jahit baju kain lycra. Maka saya tunjuk contoh-contoh baju-baju muslimah @ jubah.
Jubah A-cut |
Blouse Raglan Ibu |
Blouse raglan & A-cut skirt. |
Mungkin lain orang..lain caranya.. Jadi tidak perlu kita bandingkan cara masing-masing. Bidang jahitan adalah cabang seni & kreativiti. Maka ikut pada seni & kreativiti masing-masing. Tidak perlu mengatakan yang sana salah..yang sini betul. Jika tiada persamaan, kita kongsikan perbezaan. In shaa Allah, bertambah ilmu kita. Yang penting baju-baju muslimah @ jubah kita boleh dipakai serta selesa pada kita serta mata orang lain.
Ini saya kongsikan cara saya. Saya mengambil ukuran `ngam-ngam`. Kemudian saya tambahkan 3" @ 4" untuk kelonggaran. Pelik bukan??.. Tiada yang pelik sebenarnya.. Kalau angka itu dibahagi 2..maka kelonggaran untuk kiri dan kanan baju adalah 1.5" @ 2" sahaja.
Bagi saya, ini adalah baju muslimah @ jubah. Maka kelonggaran lebih tidak apa. Tetapi ada juga yang suka 1" kelonggaran.. Anda jangan risau..untuk kelonggaran buat saja suka-suka hati mengikut keselesaan anda. Cuma pastikan ukuran yang anda ambil itu ukuran tepat mengikut keselesaan anda. Kelonggaran tambah kemudian.
Selepas anda mendapat ukuran. Anda tambahkan kelonggaran yang anda kehendaki. Jika anda selesa, maka gunakanlah kelonggaran itu sebagai rujukkan. Senang bukan???. Tidak perlu pening-pening.
Ini adalah cara yang saya selesa serta mudah. Maka anda pun boleh membuat pilihan cara yang anda senang dan mudah. Pilihan di tangan anda. Semoga ini dapat membantu anda.. Jika ada apa-apa kekurangan..saya memohon maaf.. Sesungguhnya kekurangan itu datang dari saya.
Salam Sayang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan