Sabtu, 16 Ogos 2014

Pengenalan diri

Bismillahhirrahmanirrahim..

Salam Ukhwah..Salam Sayang
  
 Alhamdulillah..tanggal 05 October 1982 di Hospital Universiti, Kuala Lumpur (PPUM) lahirlah seorang puteri sulung merangkap puteri tunggal kepada pasangan Tomiran Bin Dahlan dan Kamariah Binti Harun. Kasih sayang yang di berikan tidak pernah berbelah-bagi antara anak-anak lelakinya. Apabila di besarkan di kawasan perkampungan setinggan pinggir bandar yang penuh cabaran, maka anak-anak harus diberi lebih perhatian. Agar tiada tersilap langkah suatu hari nanti. Alhamdulillah..impian mereka tercapai..anak-anak tiada tersilap langkah walaupun ada yang tidak sampai ke menara gading. Terima kasih abah dan mak atas segala-galanya..tidak terbalas oleh ku..hanya doa pada Allah mampu ku lakukan.

 Setelah tamat SPM, saya mengambil keputusan untuk mencari kerja tetap, walaupun keputusan SPM saya agak baik. Saya mula berkerja tetap di JVC, Shah Alam hanya sebagai operator pengeluaran. Namun tidak lama kerana agak jauh dari rumah saya. Kemudian saya memohon di Western Digital, Sg.Way. Saya bekerja di bahagian Quality Control Department.  Semasa bekerja saya juga mengikuti kelas malam atau masa cuti. Ini kerana saya bekerja shift dan tidak tentu hari cutinya. Saya mengambil Sijil Perkeranian serta English Language. Malah jika kilang ada tawaran kursus2 jangka pendek, saya juga mengikuti. 
Alhamdulillah..mungkin rezeki dan kerja di bahagian Quality Control Department, memudahkan pemohon saya diterima oleh pihak kilang. Selama 10tahun bekerja, saya mengambil keputusan berhenti kerja disaat saya telah pun di naikkan pangkat Leader Team. Antara sebab saya berhenti adalah upah pengasuh baby untuk orang yang berkerja shift seperti saya adalah agak mahal dan rumah saya selepas berkahwin agak jauh iaitu Bukit Beruntung, Rawang.

 Walaupun tugas saya sebagai Team Leader agak mencabar, tetapi minat saya dalam bisnes sudah agak sebati dalam diri. Ini kerana dari kecil saya dan adik-adik didik untuk membantu abah berniaga. Di kilang, saya berjinak-jinak dengan bisnes kecil-kecilan. Di antaranya, saya menjual kain pasang, kain batik, kain pelikat, telekung serta kamera. Alhamdulillah..rezeki berniaga yang di perolehi saya dapat kongsikan dengan ahli keluarga saya. Pada saya, asal ada usaha..In Shaa Allah rezeki berpihak pada kita. Walau tidak banyak, sedikit pun tetap rezeki.
  
Di masa terluang, saya minat membaca dan menjahit. Malah pada zaman persekolahan saya, saya sering ke perpustakaan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) untuk meminjam buku. Saya suka ke sana kerana di sana ada buku tentang jahitan crosstich yang dari luar negara. Tetapi, bahan bacaan berubah mengikut peredaran usia. Kalau zaman remaja, novel tetap diselitkan. Kini hanya buku-buku ilmiah, motivasi serta buku-buku tentang apa jua jahitan. Saya menjahit lebih pada crosstich. Ini kerana guru saya adalah mak saya. Mak saya mengambil upah menjahit crosstich, crochet, sulaman tangan pada saprah dan sarung kusyen.  

 Perkenalan yang hanya sebulan di alam maya telah menemukan jodoh saya dengan suami tersayang Muhammad Ghazali bin Nor pada 15 May 2010. Jodoh kami cinta selepas berkahwin. Alhamdulillah..rumahtangga kami di serikan dengan sepasang cahayamata. Anak yang sulung kini berusia 3tahun 8bulan dan adiknya berusia 1tahun 7bulan.

Setelah sekian lama berkerja..saya tidak betah untuk duduk saja. Saya mula mencari kelas-kelas jahitan seiring dengan minat saya. Bila hasrat dinyatakan pada en.suami, Alhamdulillah mendapat sokongan.Niat hanya satu pada waktu itu, menjahit hanya untuk keluarga. Dengan wang simpanan semasa bekerja saya mula menghadiri kelas-kelas jahitan. Diantaranya kelas baju kurung, kelas aneka langsir, kelas set cadar, kelas  telekung serta kelas jubah. Bersyukur mendapat suami yg memahami, en.suami  pula sudi hulurkan tangan meringankan beban. Menjaga anak-anak apabila saya ada kelas. Terima kasih suami ku.. atas pengorbanan mu..

 Selepas menghadiri kelas baju kurung en.suami telah menghadiahkan sebuah mesin jahit portable. Inilah mesin pertama saya.


Bila rezeki Allah yg tentukan, Alhamdulillah saya mula menerima  tempahan dari kaum keluarga serta kawan-kawan terdekat sahaja. Kini saya telah pun menambah 2 lagi mesin jahit iaitu mesin jahit industri pula.



  Alhamdulillah..dengan bertambahnya mesin-mesin ini, kini saya juga menjual telekung online. Di fan page saya iaitu https://www.facebook.com/NorlizaHandmade. Malah jiran-jiran kini mula menempah set-set cadar. Rezeki Allah itu luas asal berusaha.

 Dengan menyertai ABDR, saya ingin mencari ilmu dan mengetahui dengan lebih luas tentang bisnes online dengan blog dengan betul. Pada saya mana mungkin kita mendapat ilmu tanpa berguru. Dengan adanya bimbingan serta tunjuka ajar dari guru-guru yg berpengalaman, In sha Allah ia dapat menyuntik semangat serta memberi motivasi pada saya.

  Kini saya gembira dengan apa yang saya lakukan. Seiring dengan minat, tumpuan pada keluarga serta dapat menambah pendapatan keluarga. Semuanya hanya memerlukan saya berada di rumah. Malah saya juga bercita-cita untuk menyambung pelajaran seiring dengan minat saya.In shaa Allah..semoga perjalanan saya di permudahkan.

Salam Sayang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan