Gambar: Google
Assalammualaikum.
Alhamdulillah, kini kita sudah masuk Tahun 2015.Amat banyak kenangan yang kita tinggalkan. Malah ada perkara yang kita masih kita menaruh harapan. Antara tragedi yang membawa parut kepada kita ialah:
- Kehilangan Pesawat MH370 (hingga kini tidak temui jawapan)
- Pesawat MH17 yang di tembak puak pemisah
- Kemarau di beberapa buah negeri termasuk Selangor. (Catuan Air memberi kenangan dan pengajaran kepada saya.)
- Puting beliung yang kuat
- Hujung 2014 banjir besar di Pantai Timur. (Sungguh menyedihkan)
1 Januari juga saya meraikan ulang tahun insan teristimwa dalam hidup saya iaitu Abah dan suami saya. Mereka berkongsi tarikh 1 Januari tetapi berlainan tahun. Saya juga tidak menyangka bertemu jodoh dengan insan yang mempunyai tarikh lahir yang sama dengan abah. Sesungguhnya perancang Allah lebih baik. Selamat hari lahir Abah dan Abang. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan