Rabu, 28 Januari 2015

Belajar melalui guru dan google

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum

Pagi semalam urus anak-anak sambil menjeling-jeling dan mendengar rancangan " Kopi bersama Ustaz Kazim" yang bertajuk "Google je lah". Alhamdulillah, rancangan itu membawa entri ini kepada saya. Saya juga salah seorang yang suka meng"google" juga.

Sebenarnya mencari ilmu dengan meng"google" adalah tidak salah. Tetapi ada bahagian-bahagian ilmu seelok-eloknya berguru.  Kelebihan berguru ini adalah adanya sessi soal jawab. Jika kita "google" ada kalanya kita tidak pasti adakah ilmu itu betul atau pun tidak. Ada juga ilmu tidak boleh menggunakan logik akal sahaja.

Contoh, ilmu jahitan ini. Jika "google" ada jawapan. Tetapi untuk kepastian kita mencuba dahulu dan baru kita mengetahui ilmu itu betul. Malah pengalaman mencuba dari "google" itu adalah guru kita. Ini termasuk saya. Walaupun saya berguru tetapi "google" juga adalah salah satu cabang untuk saya mencari ilmu. Malah bukan sahaja ilmu jahitan tetapi ilmu keluarga dan sewaktu denganya juga.

Adalah tidak salah mencari ilmu dengan "google". Adakalanya kita mendapat ilmu melalui pengalaman yang baik di lalui oleh seseorang. Jadi pengalaman yang di catatkan itu adalah ilmu juga untuk di jadikan contoh. Di ABDR juga banyak blog yang mengajar saya. Untuk mendalami ilmu di "google" adalah wajib rajin membaca dan tidak boleh bergantung hanya satu sumber sahaja. 

Contoh yang seelok-eloknya berguru adalah mengaji Al-Quran. Bila kita mengaji di hadapan guru, sudah tentu ada teguran jika ada kesalahan. Iaitu hubungan 2 hala. Malah keyakinan kita juga lain. Saya merasainya melalui pengalaman sendiri. Walaupun saya mengaji di waktu kecil, tetapi bila sudah bekerja saya mengikuti kelas mengaji dengan seorang guru. Dari situ saya belajar sebutan dengan betul huruf-huruf jawi dan bertanya kenapa bunyinya begitu untuk bacaan tajwid. Jika "google" bolehkah kita bertanya?. Siapa yang menjawabnya?. Adakah bacaan saya betul?.

Saya juga bukan seorang yang pandai dalam ber"blog". Saya juga pernah "google" tetapi saya masih tidak mampu mendalaminya. Kepada siapa untuk saya bertanya?. Akhirnya saya menyertai ABDR. Walaupun belajar secara "online" tetapi masih berguru. Masih ada hubungan 2 hala. Masih ada sessi soal jawab. Setiap persoalan saya ada jawapan yang pasti. Malah walaupun sudah habis 44 entri yang diwajibkan kepada setiap pelajar ABDR, saya masih berhubung dengan guru saya iaitu Cikgu Anys Idayu Zakaria untuk bertanya apa yang saya tidak faham. Bukan Cikgu Anys sahaja yang saya masih berhubung, malah hampir kesemua guru saya. Jika ada persoalan yang berkaitan, saya terus bertanya. Ilmu apa-apa pun jika makin kita dalami, makin kita mencari jawapan. 

 Yang pasti saya suka mencari ilmu melalui guru dan "google". Adakalanya masa tidak mengizinkan saya berguru, jadi saya meng"google". Ini adalah pengalaman yang saya cuba catatkan untuk ulasan pada rancangan itu. Sekian.

Jika sudah bersedia mendalami ilmu "Blog" boleh hubungi saya untuk pendaftran.

Norliza Tomiran


Tiada ulasan:

Catat Ulasan