Jumaat, 31 Oktober 2014

Bukit Beruntung / Bukit Sentosa Resident

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: FB Bukit Sentosa / Bukit Beruntung Resident

Assalammualaikum..

   Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan mengenai kawasan tempat tinggal saya Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung di Rawang, Selangor.Makin lama, makin seronok saya tinggal di sini. Jika hendak tahu, kawasan saya ada Facebook sendiri. Di sini kami kongsi segala-gala2nya berkenaan kawasan kami.  Dari makanan, kemudahan awam, jualan rumah hingga yang menggangu ketenteraman penduduk. Ini termasuk tanah runtuh berhampiran Apartment MK Land yang berlaku baru2 ini. Kami warga penduduk disini sentiasa mendapat info terkini dari rakan2 FB kami ini.
 
  Dahulunya untuk yang berniaga tiada pendaftaran dibuat. Tetapi bila ada kes2 penipuan, maka wujudlah pendaftaran ahli. Pendaftaran ini wajib untuk yang hendak iklan sahaja tetapi tidak wajib untuk ahli biasa. Nilai hanya RM10 setahun. Untuk mendaftar sebagai ahli hanya 1 syarat wajib. Iaitu mendaftar di tempat2 yang di beritahu. Tidak melalui online. Hanya bertemu muka. Yang pasti resit dan kad ahli di berikan. Ini dapat mengggalakkan kami berkenalan satu sama lain walaupun tinggal berlainan kawasan taman perumahan. Menarik Bukan??.

Kad dan pelekat Bukit Sentosa Dan Bukit Beruntung


   Mesti ada yang tertanya2 mengenai wang RM10 untuk setiap ahli. Wang ini tidak ke mana sebenarnya. Ia akan di gunakan untuk ahli2 @ kawasan yang di landa musibah. Hulurkan bantuan di samping meringan kan beban. Malah baru2 ini duit ini digunakan untuk menampal jalan yang berlubang. Jadi sumbangan ini bukan hanya untuk ahli tetapi seluruh penduduk di sini yang melalui jalan yang berlubang itu. Tiada paksaan untuk menjadi ahli berbayar ini. Perjumpaan ahli juga di adakan selang 3 bulan untuk mengeratkan siratulrahim antara ahli.

   Bagi ahli2 berbayar, jika bertuah dapat mengikut "admin" menjalankan konsep "Jalan2 cari Makan". Bila memenuhi selera, pelekat akan diberikan. Ini sebagai gerai pilihan untuk warga Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. Malah sesiapa yang mempunyai kad ahli, kadang2 akan di berikan potongan harga @ tawaran istimewa di gerai @ penjual di sini. Ahli juga ada di sediakan kemudahan lain terutama yang berniaga.

  Di sini kebanyakan ada penghantaran ke rumah. Sebagai contoh lampin pakai buang, roti, kopi dan tidak kurang juga makanan panas goreng2. Yang paling menarik untuk sarapan pagi dan makan petang juga ada penghantaran. Contoh nasi lemak ayam berempah dan goreng pisang chesse. Biasanya hanya makanan segera sahaja bukan??. Tetapi tidak di sini. Walaupun hanya di lakukan di rumah tetapi tetap ada penghantaran. Ada juga yang menyediakan perkhidmatan melipat baju. Saya kongsikan di sini.  



   Yang paling menarik bagi saya sebagai suri ialah "Car Boot Sales". Ini hanya usahawan wanita sahaja. Ibarat dari usaha wanita untuk wanita berniaga. Ia di adakan setiap hari ahad di tapak pasar malam Bukit Sentosa. Perniagaan ini mendapat kebenaran Majlis Hulu Selangor. Macam2 ada jual di sini. Jika anda berkesempatan datang di Rawang, sudi2 kan lah singgah di Bukit Sentosa untuk membeli di "Car Boot Sales" ini.

    Sekian yang saya dapat kongsikan yang menarik di kawasan saya.

Salam Sayang


1 ulasan:

  1. ASSALAMUALAIKUM KAK..NAK TANYA MACAM MANA NAK JOIN CAR BOOT SALE NIE YE? SY DUK KT AREA APRTMT TERATAI

    BalasPadam