Rabu, 8 Oktober 2014

Kelas Asas Langsir

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Koleksi Peribadi

Assalammualaikum dan Salam Aidil Adha


  Setelah melahirkan cahaya mata pertama, saya memilih menjadi surirumah sepenuh masa. Pada mulanya hanya kehendak suami. Ini kerana kos menghantar baby mahal untuk saya yang berkerja shift. Sebagai seorang isteri saya akur dengan kehendak suami. Di sebabkan sudah lebih 10tahun saya bekerja, saya mulai bosan dengan duduk di rumah sahaja terutama baby tidur. Di tambah pula baby ketika itu sudah pun 7bulan. Dengan kemudahan internet yang suami bekalkan saya mulai mencari-cari kelas jahitan secara diam2. Saya membuat keputusan untuk belajar menjahit kerana minat tidak lebih dari itu. Saya mengambil kelas jahitan langsir dahulu. Ini kerana menjahit upah langsir mahal. Jika dapat jahit yang simple pun, sedikit sebanyak dapat meringankan beban.

  Setelah beberapa kelas belajar saya hubungi kebanyakkan tiada kelas mengikut masa saya. Ini kerana saya tidak berapa pandai memandu, baby perlu penjaga bila saya ada kelas dan kelas mengikut jadual kerja suami (kadang2 wajib bekerja lebih masa). Hampir berbulan2 mencari, Alhamdulillah  pada 27 Februari 2012 saya terjumpa FB cikgu https://www.facebook.com/siti.hias.3. Rupa-rupanya cikgu Siti tinggal di Bukit Beruntung juga pada masa itu.Walaupun ragu2 saya tetap hubungi beliau.

   Alhamdulillah, mungkin rezeki saya. Setelah menceritakan keadaan saya, Puan Siti meminta untuk berbincang dengan suami beliau. Syukur sangat2, suami beliau mengizinkan. Bila kelas telah di persetujui barulah saya meminta berbincang dan meminta izin suami.. Bukan membelakangkan suami, tetapi saya ingin mencari kelas yang betul2 pasti baru la saya boleh berbincang tentang segala-galanya termasuk jadual kerja suami supaya tidak terganggu. Ini kerana itu adalah sumber rezeki kami.

  Berbekalkan sedikit wang simpanan semasa bekerja. Tanggal 25 Mac 2012, saya telah menjadi pelajar beliau. Kelas saya hanya berlangsung 2 jam sahaja pada sebelah malam. Biasanya kelas malam setiap jumaat dan sabtu. Ahad mengikut kelapangan masing2. Jika suami tidak bekerja, kelas 2 jam juga tetapi pada waktu pagi. Baby saya suami yang menjaga bila pergi ke kelas. Sungguh besar pengorbanan suami untuk memenuhi minat isteri. Terima Kasih Suami Ku.. Saya puas hati kerana belajar dengan wang sendiri. Ini kerana bukan senang untuk mengumpul wang sendiri kemudian melaburkannya. Tetapi ilmu yang bernilai untuk keluarga saya amat2 berpuas hati.

  Antara yang diajar kelas asas jahitan langsir


Cara mengira, memotong dan jahit lace 110"
Menjahit tie back (pengikat langsir)
    Berbaloi bukan??.  Kita dapat berjimat terutama yang mempunyai tingkap rumah yang banyak. Jangan jadikan anak2 sebagai alasan untuk menuntut ilmu. Jika terlalu banyak alasan untuk melangkah ke hadapan, maka kita tidak akan melangkah. Jika kekurangan masa untuk berguru sekalipun, kita gunakanlah kemudahan hujung jari kita. Google sahaja untuk belajar. Dapat yang asas pun sudah mencukupi. Semoga anda juga boleh berjaya seiring minat anda. Sekian

Salam Sayang



Kudapan Sunnah
Pakej Kudapan Sunnah

* kurma maryami 1kg
* kismis hitam 1kg
* kismis basah 1kg
* almond 200gm
* pistacio 250gm

Beli boleh, daftar agen pun boleh
Dropship makanan sunnah ABDR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan