Khamis, 23 Oktober 2014

Belajar Memandu

Teks: Norliza Tomiran 
Gambar: Google

Assalammualaikum

   Semalam merupakan hari cuti umum sempena Deepavali. Tiba2 suami kata hendak ajar memandu. Macam tidak percaya je. Adakah bermimpi??. Wah..rupanya realiti. Tujuan sebenar belajar memandu ini kerana persediaan untuk mengambil anak sekolah nanti. Ini kerana kos van sekolah area rumah sudah di naikkan.

   Saya sememangnya mempunyai lesen memandu. Tetapi terlalu lama tidak memandu. Lupa semuanya. Maka saya kena bermula dengan asas kembali. Bila suami yang mengajar, adalah tergarang sikit. Apa pun saya terima dengan hati terbuka. Masa itu saya meletakkan sebagai antara guru memandu dan murid. Maka istilah tersentap boleh tolak tepi.

   Sesi belajar memandu berlangsung selama 3 jam saat hujan lebat. Anak2 pun ikut sekali melihat ibu belajar dengan abah. Yang paling melucukan anak2 saya bila saya tiada keseimbangan antara gear dan break. Apa lagi macam naik kuda la. Ketawa besar anak2 saya, bila ibu memandu.  Malah kami suami isteri pun ketawa sekali melihat gelagat mereka.

  Semalam saya belajar semua serentak, dari masuk gear, imbang gear  dan break, mengundur kereta serta parking.  Hampir2 juga putus asa sebab kereta asyik 'mati', tetapi walaupun suami garang masa mengajar tetap memberi semangat. Alhamdulillah, boleh sikit2. Namun untuk memandu seorang diri saya belum ada keyakinan diri lagi.

   Suami juga berpesan selepas ini masih ada sesi pembelajaran lagi. Jangan mudah lupa...hihi.  Terima Kasih suami..ku kerana sudi ajar isteri..mu ini. Sekian.

Salam Sayang

Berminat dengan Ebook2 ini??
Boleh hubungi saya..



   

3 ulasan:

  1. alhamdulillah..akhirnya boleh berdikari nnt..jangan panjang langkah dah la ye..hehehe

    BalasPadam
  2. kak liza, aku cadangkan bahagian komen ni, xyah ada verify nobor supaya senang org nak komen..

    BalasPadam
  3. hehe..Alhamdulillah.terima kasih atas cadangan itu ye.nanti kita belajar macam mana nak buat.

    BalasPadam