Sabtu, 21 Mac 2015

Ujian Allah

Assalammualaikum..


Hampir semiggu kain-kain ini terletak sahaja di meja mesin. 10 helai "bit" bola jaring kanak-kanak tadika Pasti, sehelai jubah kanak-kanak dan sehelai jubah dewasa. Kain-kain semua sudah siap di potong. Tinggal hendak jahit. Kesemuanya hendak di hantar minggu hadapan. Semoga Allah memberi kekuatan untuk menyiapkan tempahan ini.

Untuk minggu ini sahaja, ujian Allah melanda kami sekeluarga. Kami bergilir-gilir demam. Anak-anak demam malam. Sekali demam serentak. Maka masa di lebihkan untuk mereka. Alhamdulillah, mereka beransur sihat.  Saya pula, sehingga sekarang masih tidak sihat. Masih bergantung dengan ubat. Ini kerana saya sekali sakit kepala dan selsema.

Mungkin jua di sini musim panas. Tiada hujan membasahi bumi Bukit Beruntung untuk minggu ini. Bukan siang sahaja panas, malah waktu malam juga. Air tangki untuk kegunaan harian juga panas.
Semoga hujan akan membasahi bumi ku ini. Semoga Allah memberi kita semua di beri kesihatan yang baik. Di harap anda kurangkan aktiviti luar rumah ketika musim panas ini. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan