Seperti biasa, rumah saya boleh dikatakan tiap-tiap minggu mesti buat roti. Sungguh banyak penjimatan bila buat roti sendiri. Bukan itu sahaja, tahap kualiti juga adalah terjaga. Kadang-kadang saya buat lebih untuk beri pada jiran. Bukan promosi, tetapi apa salahnya rezeki di kongsi.
Maka selepas itu adalah jiran-jiran yang "order". Malah tidak kurang juga minta saya buatkan untuk dia berniaga. Sebelum setuju menjual, saya bertanya pada suami dahulu. Ini kerana jika bahan mentah terkurang, sudikah membawa saya untuk membeli bahan?. Suami setuju dan terpulang mengikut kesesuaian saya. Alhamdulillah.
Bila sudah begitu maka bermula aktiviti baru saya. Cuma bukan setiap hari saya buat roti. Jika ada masa terluang. Saya sebenarnya lebih suka resepi ini. Ini kerana saya suka pada keenakkan susu dan tahap kekenyangan yang agak lama (pada saya). Malah suami juga mengakuinya. Jika anda ingin mengurangkan kos, anda boleh campurkan sedikit air pada bahan cecair. Di bawah ini resepi nya.
RESEPI ROTI
200ML - Bahan Cecair ( 1 biji telur + susu full cream )
50GR - Gula Castor
25GR - Butter
25GR - Shortening
1/2 Sudu Kecil - Garam
300GR - Tepung High Protien
1/2 Sudu Kecil - Garam
1 Sudu Kecil - Bread Improver
1 Sudu Kecil - Bread Softner
1 1/2 Sudu Kecil - Instant Yis
Untuk Gliss
Setelah doh telah kembang dan hendak di bakar. Baru gliss dan di tabur bahan-bahan yang di inginkan.
Telur dan susu segar di campurkan.
# Untuk bakar bergantung pada oven masing-masing. Oven saya 170 darjah selama 30 minit.
Sekian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan