Assalammualaikum...
Selama ini saya jahit tudung, beli pola siap. Saya sememangnya seorang yang terlalu jarang beli tudung bila sudah berkahwin. Susah sedikit hendak memilih. Bukan dari segi warna sahaja, malah saiz dan kelabuhan tudung menjadi faktor jua. Al-maklum, saya ini agak gebu.
Kebiasaanya saya membeli pola untuk menjahit tudung saya. Pola yang di beli ada di sediakan nota ringkas. Saya tidak pernah mengikuti kelas tudung. Belajar menjahit tudung melalui perkongsian rakan-rakan alam maya. Jika tidak tahu, saya tidak malu bertanya. Alhamdulillah, walaupun soalan mudah tetapi tetapi di jawab. Saya ini tiada asas dalam jahitan tudung.
Hendak di jadikan cerita, sebulan yang lalu saya ternampak "Offer" e-nota untuk jahitan tudung. Ada pula fesyen yang saya berkenan di e-nota itu. E-nota itu kena lukis pola sendiri. Saya beli di sini Yuyue Design. Masa itu sebenarnya terfikir, saya suka jahit tudung sendiri. Apa kata sekarang saya mencuba lukis sendiri pola tudung . Sekurang-kurangnya saya belajar. Jika salah boleh bertanya. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya malah terjumpa pula "offer" itu. Allah memudahkan urusan saya.
Maka malam ini saya mencuba melukis pola Tudung Amiera. Banyak kali juga padam dan lukis balik. Tetapi mungkin sedikit asas melihat bentuk pola tudung, ia sebenarnya amat-amat membantu saya. Terutama bab lekuk-lekuk. E-nota itu sudah betul, tetapi pemahaman saya dalam mengikut arahan adalah salah. Tetapi akhirnya siap jua.
Kertas yang ada tidak cukup panjang. |
Tudung ini sebenarnya memerlukan 1.6m kain. Kebiasaannya kain chiffon. Saya ini lukis pola dahulu. Buat masa ini kain tiada stok lagi. Baru saya tahu melukis pola tudung jua agak rumit. Melukis sambil merangkak lagi. Al-maklum, saiz pola adalah saiz tudung sebenar. Adakala adalah lebih besar jika melibatkan kedutan di mana-mana bahagian. Alhamdulillah, saya menemui pengalaman baru. Sekian.
tahniah
BalasPadamTerima kasih kak..
BalasPadam