Assalammualaikum..
Sumber: Blog Life is colorful
Salam hujung minggu. Alhamdulillah kesihatan bertambah baik. Bila hujung minggu dan en.suami juga cuti, maka wajib ada minum petang. Sudah agak lama saya mencari resepi "cheese tart". Saya sebenarnya suka makan tart telur. Tapi sebelum cuba tart telur, saya cuba "cheese tart".
Maka pagi-pagi saya buat doh untuk kulit "chesse tart". Tetapi dalam hati risau jua. Ini kerana acuan tart belum beli lagi. Sebab sabtu malam saya pergi kedai, kedai sudah tutup. Jadi balik dari pasar pagi, terus singgah di kedai alatan kek. Alhamdulillah acuan tart ada. Cuma... saiz tidak sama. Saiz habis. Saya beli jua, kerana doh sudah buat. Saya dapat saiz 5cm, 5.5cm dan 6cm. Setiap saiz 12 biji sahaja. Redha wahai hati.
Acuan tart saya saiz 6cm
Harga sebiji "cheese tart" ini boleh tahan juga. Kalau saya sekelurga setakat hendak beli 10biji sememangnya tidak mencukupi. Maka saya mencuba sendiri. Walaupun tiada rupa tetapi ada rasa kasih sayang..hihi. Yang ini saya mengikut resepi di Blog Life is colorful.
Bila acuan pelbagai saiz..tart juga pelbagai saiz. Abaikan lukisan yang tidak menarik itu. Saya tiada seni hendak lukis lemah lembut..hihi |
Alhamdulillah..saya suka tekstur bahagian bawah
"Cheese tart" ini sebenarnya sedap bila di sejukkan di peti ais. Tetapi, dalam rumah saya tiada kesempatan untuk itu. Terus makan. Ini resepi yang saya campur-campurkan.
Resepi Chesse Tart.
Kulit Tart.
170gram majerin
50gram gula castor
1 biji telur
290gram tepung gandum
1 susu kecil esen vanila
Caranya:
# Satukan majerin dan gula hingga sebati. (saya guna spatula sahaja)
# Masukkan telur dan esen vanila gaul sebati.
# Masukkan tepung sikit demi sedikit.( Saya uli guna tangan)
# Bila sudah menjadi doh dan lembut, masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. (Saya simpan 6 jam sahaja)
# Setelah 6 jam, keluarkan doh dan ambil sedikit untuk di tekan pada acuan.
# Sebelum bakar, cucuk dengan garfu.
# Untuk oven saya, saya bakar dalam 25minit suhu 170 darjah. Api atas bawah. (Bakar sehingga masak..ye)
# Kulit ini juga boleh di simpan dalam bekas kedap udara.
Filling cheese
250gram cream cheese
50gram gula castor
1biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
Filling- saya guna strawberi dan blueberry
Caranya:
# Putar cream cheese dan gula hingga sebati dan berkrim.
# Masukkan telur dan esen
# Putar sebati. Siap.
#Masukkan filling telebih dahulu (saya guna sudu).
# Baru pipekan cream chesse.
# Jika ada kreativiti, boleh lorekkan.
# Bakar dalam suhu 170 darjah dalam masa 5 minit @ cream chesse tidak melekat di jari.
Selamat mencuba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan