Sabtu, 28 Februari 2015

Kenangan mengandung dan Selamat Hari Lahir Puteri hati Ibu Abah

Assalammualaikum.

 Hari pertama lahir ke dunia 28 Feruari 2011

Pada tanggal 28 Februari 2011, maka lahirlah puteri syurga hati saya dan suami. Lahirnya dia mengukuhkan ikatan hati kami suami isteri. Di lahirkan pada 2:14 petang di Hospital Selayang, Selangor. Norhamizah Binti Muhammad Ghazali nama abah yang beri sempena puteri kesayangannya. Semasa mengandungkan dia saya tidak mempunyai alah yang panjang. Hanya 3 bulan di awal kehamilan sahaja. Bersyukur sangat-sangat.

Cuma sewaktu kehamilan saya amat-amat mudah sensitif dengan sikap suami walaupun hanya hal yang kecil. Jika di ikutkan sebenarnya, adakalanya perkara itu adalah perkara biasa. Tetapi boleh menjadi luar biasa pada saya. Membawakan budak, begitu kiranya. Semasa mengandungkan dia, saya masih bekerja. Pada masa itu saya berulang-alik dari Bukit Beruntung ke Sg.Way dengan bas syarikat. Jika kerja shift pagi saya bagun seawal 4 pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Bas datang dalam pukul 5 pagi. Suami yang menunggu sehingga bas datang.

Malah semasa mengandungkan dia juga, saya lebih suka turun naik tangga. Saya bekerja di tingkat 4. Pernah juga di tegur kerana telalu kerap turun naik tangga tanpa menggunakan lift. Boleh dikatakan hampir 10x turun naik tangga untuk chek barang. Saya akui, mengandungkan Norhamizah saya seorang yang amat aktif dan suka makan.

Saya suka makan lontong dan tauhu goreng yang berinti sayur. Hampir setiap hari saya makan makanan ini. Bila di rumah suami kerap beli buah. Maka jus segala buah di lakukan. Malah campuran buah-buahan juga. Sepanjang kehamilan saya HB darah saya adalah rendah. Ini kerana saya tidak boleh di pisahkan dengan kopi. Walaupun minum jus buah, kopi saya tidak tinggal. Cuma belum sampai tahap rujuk hospital.

Seperkara yang saya ingat 2 hari sebelum bersalin adalah saya seorang makan 2 kilo kerang rebus dan cuba meminta cuti sakit di sebuah klinik di Bukit Beruntung. Terkejut suami saya, betapa banyaknya saya meratah kerang rebus. Manakala saya mengalami cirit-birit. Saya berterus-terang dengan doktor. Saya minta sehari. Tetapi doktor terus bagi 2 hari cuti sakit. Alangkah indahnya dapat cuti banyak.

Saya sebenarnya di jangka bersalin 27 Mac 2011. Tetapi 28 Februari 2011, hari ke dua saya dapat cuti sakit. Maka seperti biasa hendak kejut suami solat subuh tiba-tiba nampak titik-titik darah di lantai. Tetapi tidak sakit. Saya telefon emak saya bertanya hendak buat macam mana. Emak saya meminta kami pergi hospital walaupun tidak sakit. Semasa tunggu suami mandi dan solat subuh, saya masih sempat minum 1 kole besar milo ais. Selepas solat, terkejut suami saya. Pagi-pagi minum milo ais, bukan sedikit tapi sekole besar. Tapi masa itu saya betul-betul haus.

Masa itu tidak tahu samaada hendak pergi Hospital Selayang atau Hospital Sungai Buluh. Saya serahkan kepada suami hendak buat keputusan. Bila keluar rumah pukul 7 pagi pada hari Isnin, sememangnya sesak teruk di Rawang. Masa itu juga sakit sikit-sikit mulai datang. Sampai di Hospital Selayang lebih kurang pukul 8:30 pagi. Suami uruskan semua. Yang pasti cirit-birit saya masih tidak hilang. Berkali-kali juga ke tandas. Sampai suami marah, takut terbersalin di tandas. Semasa doktor hendak chek bukaan, terpecah air ketuban. Secara automatik saya terpaksa masuk bilik bersalin lebih kurang pukul 11:00 pagi.

Semasa di bilik bersalin saya sentiasa di temani suami. Malah saya juga terlalu haus. Saya merayu pada jururawat hendak minum. Saya dapat minum 3 gelas air. Banyak bukan?. Kira-kira pukul 2 petang saya mengalami sakit yang terlalu kerap. Maka bila doktor chek, bukaan sudah pun 10cm. Maka saya di ajar untuk memberi tekanan semasa kelahiran. Alhamdulillah, 2:14 petang selamat melahirkan puteri kami dengan berat badan 2.61kg. Badan bayi yang masih melekit itu diambil oleh suami dan terus di qamatkan. Kemudian di letakkan di dada. Betapa indahnya sakit bersalin itu yang tidak mampu di ucap dengan kata-kata. Mulai saat itu bermula jua gelaran baru buat kami suami isteri. Iaitu abah dan ibu. Antara sebab saya terbersalin awal adalah HB darah yang rendah.

Terima kasih Allah kerana memberi kami peluang memiliki gelaran itu di sertakan tanggungjawab. Bersyukur jua, kini puteri kesayangan kami berusia 4 tahun. Puteri kami amat rapat dengan abah. Malah perkataan "abah di mana" sentiasa bermain di bibirnya. Walaupun dia tahu abahnya bekerja. Semoga puteri hati kami menjadi anak yang soleh. Berguna pada agama, masyarakat dan negara. Di permudahkan perjalanan hidup dan jodohnya. Sekian



Tiada ulasan:

Catat Ulasan