Sabtu, 7 Februari 2015

Tudung anak

Assalammualaikum..

Anak dara dan tudung barunya.

Setelah berhari-hari anak dara bising, inginkan tudung untuk tukar-tukar pergi mengaji. Maka terhasil tudung "express" ini. Bila dia berkata depan abah dia, maka ibu wajib buat. Maka ibu pun mencari kain-kain yang "balance" yang boleh untuk di jadikan tudung anak dara. 

Alhamdulillah, jumpa jua. Jadi lah hanya 1 dahulu. Itu pun tekap sahaja yang saya punya. Cuma kecilkan ukuran muka dan badan. Awning saya guna kain "double cotton". Selesa sedikit, malah boleh masuk mesin jua. Tidak perlu fikir awning patah. Yang pasti anak dara saya selesa dan gembira. Walaupun saya garang, tetapi mereka lah nyawa saya. Sekian.

Salam Sayang.


Berminat dengan  Tepung Majik, anda boleh menempah di:



Tiada ulasan:

Catat Komen