Jumaat, 6 Februari 2015

Telekung Baru

Assalammualaikum..


Hari ini saya teruja sangat. Setelah siap semua tempahan, maka mesti ada untuk diri sendiri juga. Setelah lama terperam toturial dalam telefon bimbit suami, maka hati terdetik untuk mencuba. Rasanya telah ramai kawan-kawan saya mencuba untuk menjahit telekung begini. Apalagi, bermula aktiviti menyelongkar kain-kain. Untuk percubaan pertama, biar kain murah- murah. Murah-murah pun duit juga. Tetap rasa sayang, kalau tidak jadi saya tetap akan tetas balik. Jahit sampai boleh.

Awning dan dagu.

Gambar di atas adalah belum siap sepenuhnya. Awning dan dagu bersambung. Untuk material kain hitam ini saya guna kain "double cotton" singkatannya DC. Sebenarnya kain ini sayang. Mahal juga. Harga dalam RM20 hingga RM30 semeter bergantung kepada pembekal. Jadi tidak hairan , jika saya anggup tetas untuk kain ini. Kain ini tebal dan amat selesa untuk buat awning tudung dan telekung. Tetapi untuk diri sendiri, biarlah ada lebih sedikit, di tambah pula pertama kali mencuba.

Untuk jahit ini, saya menjahit awal pagi. Selepas itu berhenti, uruskan hal dalam rumah. Kira mengambil masa juga untuk siap sepenuhnya. Selepas suami balik solat jumaat dan makan, baru saya siapkan. Iaitu seboleh-boleh kena cepat. Ini kerana ingin hantar anak pergi mengaji pula. Bila balik mengaji sememangnya tidak sempat kerana saya hendak siapkan bekal suami. Jikalau lambat, maka telekung ini siap tengah malam nanti. Selesai tidurkan anak-anak. Tetapi kerana tidak sabar untuk menyiapkan, maka saya sempat mencuri sedikit masa. Akhirnya petang tadi siap telekung ini. Ini adalah hasil mukanya.

 Hasilnya

Bila sudah pakai, Alhamdulillah saya selesa. Tetapi kain yang memeri hanya ada lycra. Saya suka lycra untuk baju, tetapi kurang berminat untuk telekung. Maka terjumpa kain Valentina Heavy Satin ini. Kain ini pun sememangnya sedap. Tidak jarang dan tidak memeri. Tetapi saya beli hujung tahun lepas di Nagoya Rawang sahaja. Jangan terperanjat pula dengan harganya. Kain ini hanya RM5/ semeter. Murah bukan?. Murah kerana tidak cukup meter. Saya dapat beli 5 meter. Cukup untuk sepasang telekung. Kenapa 5 meter??. Kerana kain ini bidang 45". Sebenarnya hendak cari kain begini, selepas raya. Banyak di longgokkan di bahagian dalam Nagoya. 

Alhamdulillah, akhirnya siap juga telekung percubaan saya. Saya suka dan selesa, malah suami orang pertama untuk memberi komen. Cuma kena lebih banyak lagi mencuba. Sekian.

Salam Sayang



Tiada ulasan:

Catat Ulasan