Memaparkan catatan dengan label telekung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label telekung. Papar semua catatan

Rabu, 30 Mac 2016

Telekung Berpoket

Assalammualaikum.



  Agak lama saya tidak "update" blog kesayangan saya ini. Rindu rasanya. Sementara ada bayi, masa saya amat-amat terhad. Walaupun begitu saya menerima tempahan terutamanya telekung. Kali ini adalah telekung berpoket.

  Telekung berpoket ini buka untuk umrah sahaja. Tetapi untuk memudahkan kita semasa solat terawih di bulan Ramadhan. Bila hendak ke masjid, kita mesti akan bawa sedikit wang untuk sedekah. Jadi poket ini adalah kegunaannya. Malah saya juga tidak membawa beg telekung semasa solat terawih. Jadi, di poket ini saya menyimpan wang untuk sedekah nanti.

  Malah, bukan itu sahaja. Telefon bimbit juga boleh di simpan. Alhamdulillah, berbagai kegunaan poket ini. In sha Allah.

Sabtu, 5 Mac 2016

Kain Telekung

Assalammualaikum


  Mulai sekarang untuk tempahan telekung cotton saya akan membuat tali dan getah untuk bahagian pinggang. Antara kelebihan kain seperti ini adalah seseuai untuk semua jenis ukuran pinggang ini kerana ada tali . Malah tidak perlu risau jika getah longgar kerana tali membantu.

  

Khamis, 4 Februari 2016

Telekung tanpa awning

Assalammualaikum..

  Alhamdulillah..baru mula menjahit selepas bercuti panjang. Bila sudah lama bercuti, ingin mulakan balik aktiviti menjahit agak bermalas-malasan juga. Akan tetapi saya betul-betul jadi bersemangat ingin mencuba menjahit telekung tanpa awning.

  Saya sememangnya lebih suka menggunakan bahan dari kapas apabila menjahit telekung. Di tambah pula kain kapas masih ada di rumah. Jadi saya mulakan sessi menjahit sementara anak kecil saya tidur. Untuk yang pertama kali hasilnya, adalah hadiah untuk diri sendiri.


   Setelah saya buat, ramai pula yang bertanya bagaimana bentuk telekung ini bila di pakai. Maka saya jadi model telekung sendiri. Kerana saya tidak berapa pandai ber"selfie", jadi saya tutup wajah saya. Cuma yang penting bentuk telekung. Setelah saya pakai, ini hasilnya.

Abaikan jerawat tu ye...hihi
      Telekung ini tetap mempunyai lapik dalam. Saya suka mempunyai lapik dalam. Ada juga yang telah mula menempah. Alhamdulillah. Untuk telekung jenis ini, buat masa ini saya hanya buat "standard" saiz sahaja. Iaitu saiz muka hanya 21". Yang mana sudah menempah, maka wajib ikut giliran. Saya tidak boleh menerima jika menempah untuk yang "URGENT". Saya minta maaf sangat-sangat. Melainkan ada stock sedia ada. Sekian.

Sabtu, 28 Februari 2015

Telekung Jersey

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga telekung ini. Telekung ini menggunakan kain Jersey. Material ini adalah tidak panas. Ini juga adalah pertama kali saya menjahit menggunakan material ini. Seperti biasa telekung ini adalah "Pre-Order". Material, warna dan saiz adalah pilihan pelanggan sendiri. Telekung ini masih mengekalkan awning yang berenda dan bergetah penuh.

Namun begitu saya masih membuat 2 lapis untuk telekung ini. Ini masih mengekalkan sepertimana saya jahit menggunakan kain cotton. Cuma material jersey ini mempunyai pilihan warna walaupun tidak banyak. Akan tetapi warna putih masih menjadi pilihan. Saya masih menggunakan renda cotton.

Putih pilihan utama

Hijau lembut menjadi pilihan sahabat saya
Untuk menambah baik, saya telah meletakkan renda kecil pada cantuman bahagian dalam dan luar telekung. Ini kerana setelah puas mencari maka kini baru saya menjumpai harga yang boleh dikira murah sedikit dari sebelum ini. Ini adalah renda kecil.



Sekian.

PRE- ORDER telekung masih di buka. 

Jumaat, 6 Februari 2015

Telekung Baru

Assalammualaikum..


Hari ini saya teruja sangat. Setelah siap semua tempahan, maka mesti ada untuk diri sendiri juga. Setelah lama terperam toturial dalam telefon bimbit suami, maka hati terdetik untuk mencuba. Rasanya telah ramai kawan-kawan saya mencuba untuk menjahit telekung begini. Apalagi, bermula aktiviti menyelongkar kain-kain. Untuk percubaan pertama, biar kain murah- murah. Murah-murah pun duit juga. Tetap rasa sayang, kalau tidak jadi saya tetap akan tetas balik. Jahit sampai boleh.

Awning dan dagu.

Gambar di atas adalah belum siap sepenuhnya. Awning dan dagu bersambung. Untuk material kain hitam ini saya guna kain "double cotton" singkatannya DC. Sebenarnya kain ini sayang. Mahal juga. Harga dalam RM20 hingga RM30 semeter bergantung kepada pembekal. Jadi tidak hairan , jika saya anggup tetas untuk kain ini. Kain ini tebal dan amat selesa untuk buat awning tudung dan telekung. Tetapi untuk diri sendiri, biarlah ada lebih sedikit, di tambah pula pertama kali mencuba.

Untuk jahit ini, saya menjahit awal pagi. Selepas itu berhenti, uruskan hal dalam rumah. Kira mengambil masa juga untuk siap sepenuhnya. Selepas suami balik solat jumaat dan makan, baru saya siapkan. Iaitu seboleh-boleh kena cepat. Ini kerana ingin hantar anak pergi mengaji pula. Bila balik mengaji sememangnya tidak sempat kerana saya hendak siapkan bekal suami. Jikalau lambat, maka telekung ini siap tengah malam nanti. Selesai tidurkan anak-anak. Tetapi kerana tidak sabar untuk menyiapkan, maka saya sempat mencuri sedikit masa. Akhirnya petang tadi siap telekung ini. Ini adalah hasil mukanya.

 Hasilnya

Bila sudah pakai, Alhamdulillah saya selesa. Tetapi kain yang memeri hanya ada lycra. Saya suka lycra untuk baju, tetapi kurang berminat untuk telekung. Maka terjumpa kain Valentina Heavy Satin ini. Kain ini pun sememangnya sedap. Tidak jarang dan tidak memeri. Tetapi saya beli hujung tahun lepas di Nagoya Rawang sahaja. Jangan terperanjat pula dengan harganya. Kain ini hanya RM5/ semeter. Murah bukan?. Murah kerana tidak cukup meter. Saya dapat beli 5 meter. Cukup untuk sepasang telekung. Kenapa 5 meter??. Kerana kain ini bidang 45". Sebenarnya hendak cari kain begini, selepas raya. Banyak di longgokkan di bahagian dalam Nagoya. 

Alhamdulillah, akhirnya siap juga telekung percubaan saya. Saya suka dan selesa, malah suami orang pertama untuk memberi komen. Cuma kena lebih banyak lagi mencuba. Sekian.

Salam Sayang



Selasa, 3 Februari 2015

Tempahan Pukal

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi

Assalammualaikum..





    Alhamdulillah, akhirnya siap jua tempahan telekung secara pukal. Ini adalah sebahagian kerana sebahagian lagi sudah pun di ambil.Saya sememangnya mengambil tempahan telekung secara pukal, tetapi saya masih mengambil tempahan telekung secara persendirian.

  Tempahan telekung secara pukal saya biasanya mengikut kuantiti setakat mana saya mampu. Ini kerana saya hanya menjahit bersendirian sahaja. Alhamdulillah rezeki Allah itu ada asal berusaha.

  Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa tempahan pukal ini tidak menggunakan jenama penjahit sendiri. Menjahit pukal hanya menjahit sahaja, tetapi penjenamaan adalah pemilik yang mengeluarkan modal. 

  Biasanya menjahit pukal ini adalah melebihi 20 pasang bagi tukang jahit yang kecil-kecilan. Manakala untuk tukang jahit yang mempunyai pekerja untuk tempahan pukal biasanya adalah lebih banyak. Memiliki had paling kurang untuk menempah. 

    Untuk tempahan pukal biasanya mempunyai komunikasi 2 hala. Ini termasuk pemilihan kain dan barang-barang jahitan. Harga untuk tempahan pukal juga bergantung kepada kuantiti dan material yang di gunakan. Ada juga pelanggan yang menempah akan menyediakan kain sahaja. Ada juga yang ingin tukang jahit yang menyediakan semuanya.  Pelanggan hanya menyediakan "design" yang di kehendaki. Ini bergantung pada budi bicara antara kedua-dua belah pihak dan juga kemahiran yang ada pada tukang jahit. Apa-apa pun tempahan pukal, memerlukan perbincangan yang serius antara pelanggan dan tukang jahit. 

   Ini adalah sedikit perkongsian tempahan pukal yang saya tahu dan lalui. Ini kerana saya juga ada menerima pertanyaan mengenai tempahan pukal ini. Ada yang tidak faham mengapa harga setiap tempat berbeza. Semoga dengan sedikit perkongsian, ada yang memahami tempahan pukal. Sekian.

Salam Sayang

     Saya masih membuka "PRE-ORDER" tempahan telekung. Sekiranya ingin menempah boleh hubungi saya :

Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com
FB: Kasih Eliz