Ahad, 1 Februari 2015

Kenali pelanggan melalui dropship

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Google

Assalammualaikum.

     Alhamdulillah, selamat datang Februari yang gemilang. Semoga lebih cemerlang dari Januari. Untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan lebih mengenai "dropship" melalui pengalaman saya sendiri.



Mungkin ada yang mengata jika "agen dropship" ini hanya untung sedikit. Tetapi pernahkah terfikir "Keuntungan" di sebalik " dropship" ini. Bagi saya walaupun untung hanya beberapa ringgit untuk setiap jualan. Saya membuat buku urus akaun "dropship" sendiri. Dari situ saya tahu berapa keuntungan saya setiap bulan. Jangan ambil mudah walaupun hanya menjalankan "bisnes dropship".

Malah saya belajar kenali pelanggan. Belajar melalui pengalaman. Belajar cara menjawab soalan-soalan pelangan. Guru Puan Anys Idayu dan rakan-rakan "dropship" juga banyak membantu untuk "skill" menjawab soalan. Malah adakalanya emosi juga memainkan peranan. Saya tidak mengenali pelanggan, tetapi untuk setiap pelanggan saya perlu berfikir secara positif sebelum menjawab setiap pertanyaan. Malah semakin ramai pelanggan, maka semakin matang saya menjawab soalan dari pelanggan.

Jadi pengalaman ini saya gunakan untuk perniagaan saya sendiri. Saya mempunyai cita-cita untuk majukan perniagaan. Maka saya perlu belajar kenali pelanggan. Jadi bisnes "dropship" adalah salah satu proses pembelajaran saya. Sekian

Salam Sayang

Ingin menjadi "AGEN DROPSHIP ABDR" boleh hubungi saya:

Norliza Tomiran



Tiada ulasan:

Catat Komen