Assalammualaikum..
Buat pertama kalinya saya menjahit awning telekung berwarna hijau. Bukan itu sahaja malah menggunakan material kain yang berbeza. Material kain ini adalah jenis kain jersi. Yang pasti tidak senipis yang biasa kita lihat semasa kendutri-kendara yang dibuat lapik meja.
Material kain ini adalah tidak panas dan tidak berat seperti kain lycra. Saya juga suka dengan material ini. Untuk kain yang berwarna hanya ada pemintaan yan serius sahaja. Berbanding warna putih. Ini kerana warna putih agak mudah di cari berbanding berwarna.
Malah sehingga kini saya lebih sukan putih. Tidak ketinggalan juga material kain "cotton". Cuma sekarang saya cuba usahakan kain "cotton" bersulam untuk bahagian telekung. Ini kerana sebelum Tahun Baru Cina sahaja stok kain "cotton" bersulam telah habis. Saya menggunakan kain bidang 60" sahaja. Ini adalah sesuai untuk telekung dewasa. Sekian.
Saya masih menerima Pre-Oder Telekung Dewasa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan