Memaparkan catatan dengan label kitar semula. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kitar semula. Papar semua catatan

Khamis, 11 Ogos 2016

Rabu, 3 Ogos 2016

Bekas pencil color

Assalammualaikum

   Sudah agak lama saya tidak menulis blog kesayangan ini. Terlalu terhad masa saya ketika ini, walaupun terlalu rindu untuk berkongsi aktiviti saya. Untuk pagi yang mulia ini saya kongsikan bekas "pencil color" jenis gulung. Ini kerana anak saya kalau kotak "pencil color" tu boleh bertahan hanya 2 minggu paling lama. Selepas itu berterabur semua "color". 

    Jadi saya menggunakan lebihan kain seluar jeans untuk membuat bekas "pencil color roll".  Bukan kain jeans sahaja kitar semula, malah kain "cotton" juga yang lebihan. Sessi penjimatan isi rumah.



Bila "pencil color" sudah pendek, boleh terbalikkan begini.
Untuk lekat bekas ini, saya menggunakan velcro. Tidak perlu ikat2 sebab anak saya hanya tadika.

Dah boleh simpan dalam beg.

Semoga dapat memberi idea kepada rakan-rakan. 

Rabu, 25 Mac 2015

Hasil barang terbuang

Assalammualaikum.

Kayu katil. Kayu yang kukuh.

Sebenarnya kayu katil ini bukan hak milik kami sekeluarga. Tetapi ia sememangnya sedia ada semasa kami membeli rumah ini. Kami beli rumah lelong. Kira yang tinggal di rumah ini dahulu, hanya duduk saja. Tidak perlu bayar apa-apa. Semasa kami beli rumah ini, banyak juga barang-barang terbuang. Salah satunya kayu katil ini.

 Setelah hampir 5 tahun, maka en.suami punya idea katanya. Sebenarnya dia rajin membaca blog..hihi. Maka terhasil lah gambar-gambar di bawah.

Ini tempat letak alatan saya untuk yang baru belajar resepi...hihi

Ini tempat duduk santai-santai di luar. Sebab baru siap, maka di rasmikan
oleh anak-anak.
Abaikan anak bujang yang seksi.

Kayu-kayu ini tidak sempat di "Varnish". Kerana kayunya keras, maka memakan masa sehari. Jadi tidak sempat. Jika saya yang "varnish" adalah tidak memenuhi SOP en.suami..hihi. Jadi lebih baik begini dari tidak sempurna di matanya. Semoga ia memberi anda idea untuk mengitar semula barang-barang yang ada. Sekian.

Rabu, 3 Disember 2014

Tempat baru untuk telefon dan modem wifi hasil dari BAD

Teks: Norliza Tomiran

 Assalammualaikum..

   Pada hari sabtu baru-baru ini, modem wifi rumah saya kene kilat. Pada masa itu saya hanya menutup butang pada belakang modem sahaja. Ini kerana hendak menutup semua suis agak susah sedikit kerana modem di letakkan di meja makan yang rapat pada dinding. Telah di takdirkan petir pada petang sabtu itu sangat kuat. Bila hujan reda, saya memasang kembali modem wifi, tidak berfungsi modem saya. Terus terdetik, Ya Allah..jangan rosak modem ini. Duit dalam kekurangan. Ini kerana harga modem tentunya dalam RM100 lebih semestinya.

  Saya pun menelefon adik saya, untuk membuat analisa tentang harga modem, kerana modem saya sudah tiada jaminan semenjak bulan Februari lalu. Harga dalam RM120 hingga RM150 katanya. Terdetik lagi, Ya Allah, mahalnya modem. Kurang kemampuan untuk masa terdekat ini. Pada hari ahad, agak susah ingin mencari kedai komputer yang buka di Pekan Rawang ini. Maka saya dan suami bercadang ingin membeli di Plaza Law Yatt sahaja, di sana juga lebih pilihan.

    Mengikut pesanan adik saya, bawa modem sekali. Ini lagi memudahkan urusan.Tetapi semasa  hendak keluar rumah, saya hanya berdoa semoga jumpa di  Pekan Rawang sahaja. Sampai sahaja di Pekan Rawang, tiba-tiba suami berkata "kita cuba tengok lorong yang ada Bank Islam ni". Alhamdulillah, ada 1 kedai komputer cina buka. Kami bertanya untuk membeli modem. Tetapi cina tersebut ingin melihat modem kami dahulu. Setelah di cuba pasang di suis kedai itu, modem itu masih menyala lampu-lampunya. Tiada apa yang mampu di ucap, hanya Alhamdulillah. Hendak menangis pun ada.

    Malah cina itu mengesyorkan hanya tukar 'adaptor' modem sahaja dahulu. Harga yang saya tidak percaya iaitu RM29 sahaja. Malah di kurangkan kan menjadi RM27. Malah di beri jaminan, jika bawa pulang, modem masih tidak berfungsi, boleh bawa adaptor baru untuk tukar dengan modem. Terima Kasih Allah.Syukur sangat-sangat. Malah tiada kata-kata mampu di ucap. Sememangnya hendak menangis.

   Sebelum tukar 'adaptor', saya masih memohon semoga modem saya masih berfungsi. Alhamdulillah, setelah tukar 'adaptor', modem berfungsi seperti biasa. Syukur sangat-sangat dan di beri peluang ke 2. Malah lebih bersyukur suami membuatkan tempat khas yang baru untuk modem dan telefon. Tempat khas yang mesra memadam semua  suis yang ada. Terima kasih suamiku kerana berusaha untuk itu. 

Tempat baru modem dan telefon


      Antara langkah yang sepatutnya untuk modem bila hujan dan kilat. Ini dari pesanan Telekom Malaysia.
  • Tekan butang 'OFF' pada belakang modem
  • Tutup suis modem
  • Cabut penyambung antara modem dan telefon .
Sekian

Salam Sayang