Jumaat, 4 Mac 2016

Impian ku "Telekung Ready Made"

Assalammualaikum..





 Dalam sibuk-sibuk menjaga anak kecil di samping meyiapkan tempahan  telekung, tergerak juga hati ini untuk membuat telekung "ready made" suatu hari nanti. Malah kalau boleh telekung yang mampu milik. Tidak semua orang mampu memiliki telekung yang berharga beratus-ratus. Ditambah pula keadaan ekonomi negara kita sekarang. 

Walaupun sekarang saya telah menghadkan untuk jahitan telekung pukal bukan bermakna saya berhenti menjahit telekung. Saya menerima tempahan yang dalam kuantiti yang biasa sahaja. Masa saya sekarang amat-amat terhad. Ini kerana saya juga sudah mula mengambil tempahan baju juga di samping anak yang masih bayi. Di tambah pula, bulan Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi. Jadi saya berharap di bulan yang mulia itu saya tidak lagi sibuk di depan mesin jahit seperti sebelumnya.

 Walaupun telekung kita tidak berharga beratus-ratus, tetapi kita boleh cuba menukar telekung solat kita kepada yang lebih elok dan selesa. Malah jika di beri lebihan rezeki, boleh menukarnya setiap tahun seperti baju. Mungkin saya tidak tahu bila masanya impian saya terlaksana, tetapi saya juga sedang berusaha ke arah itu. In sha Allah, niat yang baik akan di permudahkan urusan. Saya berharap pembaca blog saya juga dapat mendoakan impian saya.

Sekian



Tiada ulasan:

Catat Ulasan