Rabu, 29 Julai 2015

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum..

   Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada anda semua. Agak lama saya menyepi dari blog kesayangan saya ini. Di bulan Ramadhan yang lalu masa saya adalah amat-amat terhad. Sambil-sambil menyiapkan tempahan raya yang ada, saya tetap mengikuti kelas KEJAP pada hujung minggu. Di tambah pula keadaan saya yang kurang mengizinkan sekarang.

   Namun begitu saya masih sempat menyiapkan baju raya saya dan anak-anak. Untuk suami seperti biasa menempah pada tukang jahit kegemarannya di Kuala Lumpur. Saya masih belum mampu membuat baju melayu suami kerana belum belajar. Apa-apa pun saya bersyukur pada keadaan ekonomi sekarang, saya mampu menjimatkan perbelanjaan isi rumah.

   Tahun ini, raya pertama saya beraya di rumah keluarga saya dahulu. Raya ke 2 baru di rumah keluarga suami. Di sini saya ada 2 keping gambar yang sempat di ambil pada hari raya. Untuk pertama kalinya juga saya cuba menjahit "dress" mengandung. Jika ada masa berluang saya akan tunjukkan gambar secara lebih terperinci.

Bersama suami tercinta

Bersama permata hati tersayang

    Selamat Hari Raya dari Kami Sekeluarga. Maaf zahir dan batin andai tersalah kata dan terlanjur perbuatan. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan