Khamis, 20 Ogos 2015

Jalan-jalan di Kuala Lumpur (Siri 2)

Assalammualaikum..

Koleksi: Gambar Peribadi

    Alhamdulillah, kini saya berkesempatan menulis siri ke 2 untuk Jalan-jalan di Kuala Lumpur. Setelah saya siap menunaikan solat zohor, kami pergi ke Taman Botani Perdana. Sebenarnya untuk saya dan suami yang bersememangnya membesar di sini, kami lebih mengenali sebagai Tasik Perdana. Walhal sebenarnya ia adalah tempat yang sama. Tempat riadah seisi keluarga. Di Taman Botani Perdana ini ada 2 taman permainan kanak-kanak. Jadi, sebelum pergi ke Pameran Orkid dan Bonsai, saya dan suami memberi peluang anak-anak bermain dahulu. Di samping makan tengah hari yang saya bekalkan.

  Setelah puas bermain, baru kami mengajak anak-anak ke Pameran Orkid dan Bonsai yang di adakan di taman ini. Yang pasti pameran ini adalah percuma. Ini antara gambar yang dapat saya kongsikan.



Bila anak bujang kata kolam ini untuk mandi..hihi.. Boleh kena saman dengan
DBKL ..kami nanti.

Kebun pelbagai jenis sayur


Orkid di pentas persembahan

Berlatarbelakang pokok Bonsai yang besar. Selalu jumpa yang kecil-kecil.

Taman Mini Orkid dari Australia. Anak-anak suka sebab ada patung
beruang kola.


Pelbagai warna Orkid



     Bila datang hari bekerja, maka tiada ramai sangat pengunjung. Lebih kepada pelancong asing. Jadi puas bergambar. Suami dan anak-anak tiada malu sangat. Malu jika orang memandang aksi kami..hihi. Di pameran ini juga ada  menjual benih-benih dan anak pokok. Seperti biasa, suami pun ambil kesempatan. Dapat juga kami 3 jenis anak pokok yang sudah di tut. Antaranya cili padi kampung dan limau purut. Alhamdulillah.

    Untuk solat, jangan risau. Di taman ini berdekatan juga dengan Masjid PDRM Bukit Aman, selain Masjid Negara. Apabila sudah hampir maghrib, kami singgah di Masjid Negara hingga solat Isyak. Bagi peluang anak-anak berehat sebentar setelah masing-masing mengadu penat. 



      Sebelum pulang, anak-anak masih bertanya ke mana selepas ini. Maka, jawapan yang pasti adalah pulang ke syurga kita..ye anak-anak. Ibu dan abah sudah sakit-sakit kaki berjalan. In sha Allah, jika berkesempatan kita akan berkunjung di sini lagi. Ada lagi tempat yang belum pergi. Antaranya Taman Bunga, Taman Burung dan Tugu Peringatan. Ia masih dalam kawasan yang sama kecuali Tugu Peringatan yang berada di seberang jalan Taman Botani Perdana. Untuk banggunan Parlimen, melihat dari jauh sahaja. Sekian coretan yang dapat saya kongsikan hanya setengah hari di Kuala Lumpur.

2 ulasan:

  1. cantiknya orkid garden tu.takpernah sampai..sis, saya tini dpt blog sis kat ABDR. tini link kat blog tini yer.suka tengok ada minat sama.semoga tini pun cepat belajar mcm sis ye.salam perkenalan.

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum.Salam perkenalan dari saya juga. orkid garden kalau masa pameran macam ini memang best. Cuma tahun ni macam sedikit penyertaan dari luar. Saya pun suka melihat hasil rakan2 yang mempunyai minat yang sama. Semoga tini bukan sahaja cepat belajar malah bertambah maju. Saya juga masih belajar terutama jahitan pakaian.

    BalasPadam