Isnin, 17 Ogos 2015

Jalan-jalan di Kuala Lumpur (Siri 1)

Assalammualaikum

Gambar: Koleksi Peribadi

    Hendak di jadikan cerita, suami mengambil cuti tahunan pada hari Jumaat yang lalu kerana ada urusan yang perlu di selesaikan. Tetapi urusan itu hanya sekejap sahaja. Jadi untuk menghargai cuti yang di ambil saya mencadangkan kami sekeluarga jalan-jalan di Kuala Lumpur. Walaupun biasa dengan tempat-tempat ini, tetapi  untuk anak-anak adalah yang pertama kali. Walaupun hanya setengah hari, tetapi masa bersama adalah amat-amat berharga. 

       Sementara menuggu suami solat Jumaat di Masjid Negara, saya membawa anak-anak melawat Muzium Kesenian Islam Malaysia. Muzium ini hanya berhadapan Masjid Negara dan bersebelahan dengan Stesen TV Al-Hijrah. Tujuan saya ingin anak-anak menghargai sebenarnya Islam juga maju dari segi semua aspek serta menghargai tinggalan sejarah. Malah saya juga meminati sejarah. Jika waktu saya remaja muzium ini di kenali sebagai Pusat Islam, manakala masuk adalah percuma.Tetapi tidak semua boleh di tangkap gambar di dalamnya.  Setelah di kenali sebagai muzium, ada bayaran di kenakan. Malah boleh tangkap gambar di dalamnya dengan syarat tidak boleh menggunakan cahaya kamera. Ini adalah bayaran yang di kenakan di muzium ini.


Kadar Bayaran Masuk dan Waktu di buka
     Alhamdulillah, semasa saya pergi Galeri Khas di buka. Galeri ini mempamerkan alatan-alatan simbol kekuasaan dan keindahan Islam. Untuk pameran ini, galeri ini di buka pada 20 April 2015 hingga 31 Ogos 2015. Sesiapa yang ingin melawat, masih berkesempatan lagi. Di galeri ini membuat saya terpegun dengan kesenian Islam, termasuk replika pedang zaman Uthmaniyyah Turki. Di bawah antara gambar yang saya ambil di dalam galeri ini.


Panah

Senapang

Kitab

Baju perisai

Penerangan pedang. Replika di tempatkan di dalam cermin. Kesenian batu-batu
permata yang cantik.
    Manakala untuk yang bukan dalam galeri juga berbaloi. Ada 3 tingkat semuanya. Dari Al-Quran, tembikar, tenunan kain serta senibina juga ada. Sememangnya berbaloi. Serba-sedikit gambar yang saya kongsikan.


Al-Quran tulisan tangan

Rehal

Kiswah Kaabah

Papan Tulis

Baju yang di pakai semasa perang. Baju ini ada tulisan nama Allah
            Anak-anak saya jenis yang suka bertanya, sehingga kadang-kadang tidak terjawab. Sifat ingin tahu yang tinggi. Alhamdulillah, ketika di sini saya cuba memahamkan mereka. Anak-anak merasa teruja. Bila mereka kata penat, saya beri mereka duduk. Ini kerana di dalam muzium ini ada di sediakan kerusi. Saya ingin mereka menghargai sesuatu nilai sejarah. Bagi saya berbaloi nilai saya bayar untuk RM14. Hampir kesemua bahan pameran adalah yang asli. Saya melawat muzium ini hingga suami yang telah habis solat Jumaat, tertunggu saya dan anak-anak keluar dari muzium. Anak-anak seronok bercerita apa yang ada. Alhamdulillah.

       Jika ada kesempatan nanti, saya akan menulis siri 2 pula. Hanya setengah hari, saya dan keluarga hanya mampu melawat 2 tempat sahaja. Nantikan siri 2. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan