Assalammualaikum.
Alhamdulillah, saya telah didik dengan hobi membaca. Tidak kira apa jua bahan bacaan. Mungkin emak dan abah saya juga suka membaca. Tetapi bahan bacaan berubah mengikut situasi dan peringkat umur. Kini tiada lagi novel-novel hayalan, yang ada hanya buku kisah realiti, ilmiah dan buku jahitan.
Sebelum mendapat buku 111 Fomula Tarik Rezeki (FTR) ini, saya suka membaca "post-post" Puan Nora Yusof di FB. "Post" itu juga kadang-kadang memang kena batang hidung sendiri. Tetapi pada masa itu tiada buku fizikal, yang ada hanya "ebook". "Ebook" ini sememangnya tiada pernah terfikir hendak membeli. Hinggalah, 1 hari tu, Allah telah memberi saya laluan apa yang hendak saya tahu isi Ebook FTR. Yang saya dapat Fomula 0: SIFAR HUTANG. Masa itu memang tersentap juga.
Bila saya bertanya pada Puan Nora, mengenai harga "ebook" ini, secara jujurnya saya berfikir berkali-kali. Sebagai surirumah yang bergantung hanya pendapatan menjahit, setiap wang yang di keluarkan mesti ada kira-kirakan. Tetapi saya tetap memohon, semoga Allah permudahkan urusan saya untuk memiliki ebook ini, jika ebook ini bermanfaat. Alhamdulillah, rezeki berpihak pada saya.
Ebook FTR yang saya miliki adalah antara ebook dan buku-buku fizikal paling mahal yang pernah saya beli serta miliki. Ini ada yang sukar saya sendiri percayai. Tetapi kini saya akui, isi ebook ini adalah lebih mahal dari nilai wang yang saya keluarkan. Malah bila membaca ebook ini saya mesti ada catatan saya sendiri. Walaupun isi yang sama. Saya memang amal begini sejak sekolah. Bila membaca, kita menulis secara "automatik"nya kita menyebut. Jadi otak akan mudah menyimpan, pada saya..ye.
Alhamdulillah, kini telah terbit buku fizikal. Bersyukur sangat-sangat, kerana saya telah di beri kesempatan untuk memiliki kedua-duanya. Jika ingin lebih tahu mengenai Buku 111 Fomula Tarik Rezeki ini, klik link ini Bonus Rezeki
Tiada ulasan:
Catat Ulasan