Rabu, 1 Ogos 2018

Sale Sempena Hari Raya Haji

Assalammualaikum



[10% DISCOUNT]
SEMPENA HARI RAYA HAJI! (01 OGOS 2018 - 10 OGOS 2018)
Dengan pembelian mana-mana Produk by Aawleeya @Rahsia Pulih Ekzema anda akan menikmati 10% discount.
PRODUK by AAWLEEYA @RahsiaPulihEkzema ;
1. SHEA ARGAN LOTION 100ml (SAL100)
2. SHEA ARGAN LOTION 50ml (SAL5)
4. BAR SOAP 50g (BS50)
5. NAPPY BALM 10g (NB10)
6. LIPBALM (LB1)
Jom rebut peluang & nikmati FREE GIFT Nappy Balm 10g secara PERCUMA!

Masalah anak suka garu-garu dan kulit kering.

Assalammualaikum

Lotion Shea Argan



Ini ada sedikit tips dari Liza
Bila kulit kering aktiviti menggaru memang biasa bagi anak yang kulit sensitif. Lagi garu lagi sedap!
Untuk hendak elakkan anak menggaru kena kerap sapu krim atau lotion.
Tak kisah brand apa asalkan selamat dipakai & bebas bahan kimia.
Sebab kulit sensitif ni kena belai betul2 & maintainance pun tinggi! 
Huhu Pakai pun nak yang betul2 original & natural
Liza hendak cadangkan Shea Argan lotion untuk kulit yang sangat kering.
Kenapa Liza cadangkan Lotion ni?
Sebab Liza pakai untuk si manja Liza. Alhamdulillah serasi dengan si manja. Lation ini memang best
Sebab apa best???
√ Lotion ni memang SUPER LONG LASTING MOISTURE.
√ Bahan 100% ASLI & SEMULAJADI
√ Kandungan BAHAN YANG BEST & PREMIUM
√ Sesuai untuk BAYI,KANAK-KANAK & DEWASA
√ Mudah dibawa kemana2
Bagi yang belum pernah try Liza rasa lotion ini memang wajib ada dalam handbag sebab bukan apa mak-mak pun boleh guna anytime bukan untuk kulit kering jer 
Best ke best?
Jika berminat, boleh whatapps Liza www.wasap.my/60123242780



Selasa, 3 Julai 2018

Kisah Alisha dan Ezema

Assalammualaikum

  Pada 4 Feb 2018, lahir seorang bayi comel perempuan. Alisha nama diberi, yang bermaksud di lindungi Allah. Nama di beri oleh abah. Alisha di lahirkan di Hospital Selayang. Alisha bertuah kerana abang dan kakak2 menanti bersama kehadirannya.
   Sehari selepas Alisha, keluar dari hospital..Alisha kembali ke hospital. Demam kuning Alisha tinggi di samping kekurangan air 12% dari badan. Risikonya adalah buah pinggang. Bermula juga episod ibu dan abah ulang alik hospital. Kakak dan abang juga terpaksa menumpang di rumah jiran bila ibu dan abah ke hospital. Alhamdulillah hanya 2 hari sahaja Alisha di hospital. Kini Alisha kembali sihat.
  Selepas 44 hari tempoh berpantang, ibu teringin makan telur. Asbab telur, telinga dan kepala Alisha berkerak dan berair serta berdarah. Makin hari, makin teruk. Kami bawa Alisha ke klinik berdekatan. Doktor sahkan Alisha ezema berair.
   Ucu belikan krim dan mak long berikan bedak. Alhamdulillah, ini untuk mengurangkan air pada ezema Alisha.  Ibu pula mula pantang makan seperti masa berpantang. Ibu tiada langsung ilmu ezema.
    Ini bermakna ibu kena belajar ilmu ezema. Ibu mula " join group2" ezema. Disaat ibu "down", ibu lihat ada yang lagi teruk dari Alisha. Allah uji kita sikit saja. Pada suatu hari, di facebook ibu terbaca mengenai Redoxamin dari Dr Hafiz Sulaiman. Ia sejenis jus untuk usus. Bermaksud untuk dalaman. Ibu jadi ingin mencuba untuk Alisha.
  Alhamdulillah, masa itu ada promosi. Ibu beli 1 botol di samping "guide" dari agen kak ana. Mengambil Redox, ada protokol pemakanan untuk sementara waktu. Alhamdulillah, ibu dapat ikut. 3 hari selepas mengambil Redox, Alisha makin teruk. Ezema yang berair di tambah berbau. Kuku ibu jari kaki Alisha juga tercabut 😭😭.
   Kesian anak ibu. Masa itu, ibu terfikir nak " stop" Redox. Tapi kak ana kata teruskan. Ibu teruskan. Alhamdulillah, setelah sebulan  mengambil Redox, kulit Alisha  semakin pulih.
  Alisha juga semakin ceria. Mood Alisha semakin baik. Alhamdulillah. Kini ibu dalam proses belajar pemakanan untuk Alisha.  Persediaan Alisha 6 bulan. 😊😊. Alhamdulillah, masih dengan Redoxamin
#Alisha
#ezema
#redoxamin

Selasa, 26 Jun 2018

Protokol ezema


Assalammualaikum.

  Bagaimana hendak "follow" protokol ezema??

  Untuk pemulaan kita niatkan untuk  kesihatan anak, diri sendiri serta seisi keluarga. Jika makanan itu bersih, In sha Allah sihat kita seisi keluarga.

  Seperti saya, saya tidak mampu untuk pantang semua serentak.Jadi saya mula perlahan-lahan. Perkara yang mula-mula saya elak dahulu ialah makanan dan minuman yang manis-manis dan makanan yang ada gluten ( makanan yang berasaskan tepung gandum) serta "dairy product".(susu, coklat, cheese dan lain-lain.

  Kemudian baru di susuli proses"food". Seperti nugget, kicap, sosej dan apa-apa makanan dalam tin dan bungkusan sebab makanan ini banyak "preservative". Terakhir sayur-sayuran "nightshades" seperti kentang, lobak, tomato dan lain-lain.

  Kita cuba perlahan-lahan, In sha Allah..boleh.Bila kita makan makanan bersih, In sha Allah usus juga bersih.

  Dalam pada yang sama, saya amalkan Redoxamin.Redoxamin bantu pemulihan usus dengan lebih cepat asbab sudah makan makanan yang toyyib tadi.
Sekian.

Jika ingin dapatkan redox serta ingin tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya di 012-3242780

Isnin, 25 Jun 2018

Selamat Hari Raya 2018

Assalammualaikum.

  Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga. Alhamdulillah, tahun  ini giliran saya beraya bersama-sama mentua. Bersyukur sangat kerana Allah masih memberi pinjaman sehingga hari ini.

  Tahun ini saya lebih menumpukan kepada keluarga. Menjahit baju suami dan anak sahaja. Ini kerana saya baru habis tempoh berpantang 2 minggu sebelum Ramadhan menjelang.

   Bila beraya, seperti biasa..untuk sessi foto seisi keluarga . Alhamdulillah, ada juga walaupun berbagai ragam dan mood anak2. Tahun ini bergambar berenam. Alhamdulillah.

Sekian

SELAMAT HARI RAYA

Rabu, 6 Jun 2018

Redoxamin


Assalammualaikum

REDOXAMIN

Adakah Redox mempunyai sijil KKM?

"Redoxamin ni jus macam kita beli di kedai atau pasaraya. Produk makanan, jadi tidak perlu KKM tapi kita dalam proses dalam dapatkan sijil MESTI utk pastikan produk kita dijamin kualitinya"

Bagaimana hendak "consume Redox?

Peringkat permulaan sebelum elok ekzema ini ada " certain"makanan yang tidak boleh diambil..
1. Makanan berasaskan gandum termasuk mi,nestum,oat,kuih muih dll
2. Makanan proses (makanan dalam tin,botol / bungkusan)
3. Fast food (McD,KFC dll)
4. Gula esp gula putih
5. Sayuran bentuk buah (nightshades) ~ Tomato, terung,kentang,lobak dll
6. Dairy product (Susu,coklat etc)
7. Makanan kering/sunnah (kurma,kismis,buah zaitun etc)
8. Makanan yg berlawanan dgn Redox (Madu, Habbatussauda, Olive etc)

*** Banyakkan makan real food spt nasi,sayur hijau,ikan fresh & x gatal, daging fresh,ayam free antibiotik

Ingin tahu lebih lanjut mengenai Redox, boleh whatapps saya 012-3242780 

In sha Allah, kita cuba yang terbaik

Isnin, 4 Jun 2018

Alisha dan Ezema

  Assalammualaikum..

Alhamdulillah selesai 44 hari berpantang sendiri. Suami mengambil 2 minggu cuti untuk menguruskan keluarga. Kali pertama berpantang sendiri. Ye la..anak pun sudah 4, malah 2 orang sudah pun bersekolah.

  Seminggu selepas berpantang, saya melihat perubahan pada kulit Alisha. Terutama bahagian telinga dan kepala. Telinga berair dan berbau. Kepala pula berkuping-kuping. Ya Allah..kenapa jadi begini. ( terdetik di hati seorang ibu). 3 hari berlalu, keadaan masih sama.

  Jadi kami suami isteri bersepakat membawa Alisha ke klinik panel. Alhamdulillah, di pertemukan dengan doktor muda yang memahami. Setelah di teliti, Alisha di sahkan mempunyai ezema.

   Tiba-tiba teringat yang saya ada masak telur sambil hari itu. Ye, telur tu asbab yang saya boleh tahu Alisha ada ezema. Ini kerana abang dan kakak-kakak Alisha tiada tanda-tanda ezema.

  Terus-terang saya katakan, saya tidak kuat. Sedih dan berperang dengan emosi. Sedih kerana bila saya nak cium Alisha, bau itu betul-betul2 menganggu. Kesian Alisha, bila saya tersalah makan. Alisha akan gatal-gatal, bau lagi kuat,berair yang banyak dan berkuping yang tebal.

   Pada suatu malam, saya solat sambil menangis. Semoga Allah permudahkan urusan saya untuk Alisha. Bukan apa, Alisha perempuan, sampai bila bau ini akan menganggu dia. Maka, saya mencari info serta ilmu mengenai ezema. Alhamdulillah, urusan di permudahkan Allah.

  Ingin tahu bagaimana saya di pertemukan dengan Redoxamin??? Tunggu ..nanti saya kongsikan.

Sekian.

Ingin memiliki Redoxamin !!!!

Boleh whatapps saya di 012-3242780

Terima kasih