Alhamdulillah, bila anak sulung sudah pun sembuh. Bila waktu siang dia terlebih tidur kesan sampingan ubat batuk. Waktu malam ada sahaja aktiviti yang di minta. Di tambah pula saya sibuk menjahit sambil-sambil menjaga anak lelaki yang masih kurang sihat. Seperti biasa, dia meminta meminjam mesin jahit portable saya. Sebenarnya lebih kurang dalam 3 bulan saya tidak memberi dia guna mesin jahit kesayangan saya ini. Ini kerana dia asyik bermain dengan adik dia.
Jadi, kali ini dia ingin meminjam. Saya izinkan. Akan tetapi saya hendak melihat dahulu samada dia masih ingat fungsi-fungsi asas pada mesin jahit ini. Iaitu turun jarum, naik jarum, butang on/off, cara pusingkan kain serta cara mengangkat tapak mesin. Mesin portable saya ini jenis mesin automatik. Saya gunakan tahap kelajuan paling pelahan. Dia hanya perlu pegang kain sahaja. Bukan apa buat dia rasa seronok di samping mendapat ilmu kemahiran.
Kelas Malam sedang berlangsung |
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan