Ahad, 6 September 2015

PROMOSI SEPTEMBER




Asas Persediaan Berhenti Kerja

Januari 2010, saya menghantar notis perletakan jawatan yang berkuatkuasa tiga bulan
 selepas itu. Maka, secara rasminya saya berhenti kerja pada 1hb April 2010. Pada saya,
 rezeki bukan di situ sahaja. Ia ada di mana-mana atas izin Allah. Lagi pun, setelah 
hampir 6 tahun berada ditempat yang sama, saya mulai merasa tepu. Saya perlukan 
suasana baru untuk pembangunan kerjaya dan masa depan saya.

Dania dapat merasai perbezaan rutin harian kami. Tidak lagi perlu dikejutkan seawal
 7.00 pagi untuk dihantar ke rumah pengasuh. 24 jam, tujuh hari seminggu kini Dania
 bersama dengan mama.Bermula dari saat itu, saya mula menikmati hidup 
sebagai surirumah beranak satu.Saya hamil anak kedua beberapa bulan selepas saya 
berhenti kerja. Saya sangat gembira kerana saya bebas menentukan masa saya seperti
 balik kampung dan adakala mengikut suami outstation.

Namun begitu, saya tidak duduk goyang kaki sahaja. Saya menjalankan perniagaan
 secara kecilan dan menjalankan pemasaran secara online melalui blog dan facebook.
Setelah kami berpindah ke Semenyih pada bulan Julai 2013, saya mula merasai susah 
untuk keluar berjumpa pelanggan dan rakan kongsi. Jadi, saya mengambil keputusan 
untuk menjalankan perniagaan tersebut dengan menjual produk sahaja melalui Blog, 
Facebook dan Instagram. Saya berpuas hati hanya menjalankannya dari rumah sahaja.
 Malah kini bergabung dengan lebih ramai surirumah yang menjana pendapatan dari rumah.

Asas persediaan berhenti kerja.
1. Dapatkan maklumat program atau komuniti bekerja dari rumah. Bergabung dengan 
kumpulan sokongan.
2. Perbincangan dan restu suami sangat digalakkan sebelum membuat keputusan 
berhenti kerja.
3. Fokus untuk mencari apa sumber yang boleh membantu menjana pendapatan 
walaupun berada di rumah.
4. Pilih jenis kerja atau bisnes yang mempunyai keserasian dengan diri dan berupaya 
meransang untuk terus mendapatkan sumber pendapatan.
Kelebihan bekerja sendiri
1. Belajar untuk berdikari menentukan pendapatan sendiri.
2. Bebas urus masa dan fleksibel untuk bekerja.
3. Dapat mengimbangi semula urusan keluarga.
4. Tidak perlu lagi menghantar anak kepada pengasuh.

Sumber: Ebook Yeay!Mama Sudah Resign.
Promosi EBOOK OGOS MASIH BERLANGSUNG 

berminat boleh hubungi saya:
Whatapps/ Telegram: 012-3242780

Tiada ulasan:

Catat Ulasan