Isnin, 7 September 2015

Pendidikan; Satu Pengalaman

Blog pilihan: http://roslinasobri.blogspot.my/…/pendidikan-satu-pengalama…
Pendidikan; Satu Pengalaman
TeksRoslina Sobri
Foto :Google
Jalan pendidikan yang normal bagi kebanyakkan orang di Malaysia adalah ke pusat pengajian tinggi.Ini adalah peringkat kedua yang biasanya dilalui selepas menyelesaikan alam persekolahan.Begitu juga saya.Saya memilih bidang kejuruteraan sewaktu belajar di Universiti Islam Antarabangsa.
Disebabkan saya minat hendak bekerja dengan kapal terbang,saya masih mengintai-intai peluang untuk cuba-cuba menceburkan diri sedekat mungkin dengan bidang penerbangan.Tanpa diduga saya terpandang iklan jurutera pelatih penyelenggaraan MAS dalam surat khabar.Waktu itu adalah cuti semester semasa saya di UIA.
Saya terus teruja dan beritahu arwah ibu bahawa saya akan memohon untuk jawatan ini.Program yang ditawarkan untuk pelatih adalah 4-5 tahun senhingga mendapat lesen jurutera penyelenggaraan dari DCA dan approval dari syarikat.
Rezeki Allah,beberapa bulan selepas saya memohon,saya menerima panggilan untuk ditemuduga. Saya mendapat tawaran sebagai pelatih.Di Malaysia,menjadi pelatih atau menjalani apperantiship tidak diiktiraf oleh badan pendidikan biasa.Jadi anda tidak mempunyai ijazah mahupun diploma.Tapi lesen jurutera itu sendiri diterima pakai di seluruh dunia.Sebab itu anda lihat jurutera kapal terbang dan helikopter banyak yang bekerja di luar negara.Bahasa kami adalah lesen itu.Kerana untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu (bermodul),kami berhempas pulas,berkuli untuk mengumpul kemahiran,belajar beratus modul dan peperiksaan tanpa jemu dan menjalani ujian lisan di DCA Malaysia.
Masih saya ingat ibu saya berkali-kali tanyakan saya "betoi ka hang ni?".Dia masih ragu.tapi saya sudah nekad,Keluar universiti dan ambil bidang yang suka.Di universiti saya menerima banyak maklumbalas dari kawan-kawan.Begitu juga dari keluarga besar,khasnya makcik-makcik.Ramai yang memberi komen negatif dan menyangka ianya tak membantu langsung.Bukankah kata-kata yang baik itu pahala?Kata-kata positif itu pula boleh membantu ramai orang.
Akhirnya setelah melalui ranjau-ranjau,saya berjaya mencapai cita-cita saya.Saya sangat bersyukur menjadi 'katak yang pekak' dalam perlumbaan panjat tiang.Pengalaman mengajar saya,kalau kita membuat sesuatu yang kita minat,kita tak kisah berlari lebih lama,lebih jauh dan lebih laju.Membuat sesuatu yang kita minat juga menjadikan kita tak berputus asa.Tahap 'kepekakan' kita kepada kata-kata orang juga menjadi lebih kronik.Terima kasih arwah mak sebab percayakan saya. Biiznillah. Sesungguhnya semua kurniaan yang baik adalah dari Allah,dan yang buruk itu dari diri saya sendiri.
Nota 1: Lihat cara penulisan dan penyampaian, ia perkongsian pengalaman.
Nota 2: Penulisan sebegini lebih mudah untuk disampaikan dan puan Roslina memulakan dengan kronologi yang baik.
Nota 3: Penulisan dimulai dengan label catatan pengalaman dan kaitan dengan fokus blog.
Nota 4: Niche blog pendidikan awal kanak-kanak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan