Ahad, 21 September 2014

Kelas Pola

Teks: Norliza Tomiran


Assalammualaikum


  Tanggal 8/6/2014 - Alhamdulillah akhirnya saya berjaya pergi ke Kelas Pola Jubah di Meru, Klang, Selangor. Saya dapat belajar 3 jenis jubah. Jubah A-Cut, Jubah Princess Cut dan Jubah Empire Cut. Kelas ini hanya untuk individu yang sudah mempunyai asas menjahit. Ini kerana kelas ini hanya melukis pola. Manakala cara potong kain hanya teori. Sesiapa ingin belajar boleh melihat blog cikgu saya..Cikgu Yanti Moin. http://florabeadz.blogspot.com/

  Ini gambar yang saya ada semasa kelas di jalankan.

Sesi melukis pola

Pelajar2 pada hari itu


  Antara titik-tolak saya belajar kelas pola adalah kerana saya menerima tempahan jubah dari sanak-saudara untuk hari raya serta memperbetulkan skill tentang lekuk lengan. Saya pernah belajar menjahit baju, tetapi asas baju kurung tradisional dan baju kurung pesak gantung. Jadi kelas ini adalah berbeza dari kelas sebelumnya.

  Selalu saya hanya mencuba-cuba jahit baju berasaskan buku. Tetapi saya tidak mendapat kepuasan. Alhamdulillah, kelas ini membantu saya. Saya merasakan kelas ini menjimatkan bagi yang mempunyai asas. Kos yang rendah disamping dapat belajar 3 jenis pattern. Kelas pula hanya 1/2 hari sahaja.

 Alhamdulillah, en.suami juga sudi mengambil cuti. Bukan itu sahaja malah membantu menjaga anak-anak disamping menghantar serta menjemput saya ke kelas. Ini baju 1st saya jahit selepas kelas. Seperti biasa anak dara akan menjadi model. Saya hanya menggunakan kain2 yang ada di rumah. Alhamdulillah, menjadi baju itu malah tiada ruginya menuntut ilmu.


Anak dara dan Jubah Princess Cut

Salam Sayang


RM25 termasuk Pos
Jika anda berminat.. boleh hubungi saya

Email: norlizatomiran@gmail.com
Fb: https://www.facebook.com/kasih.eliz  
Whatapps : 012-2431590

2 ulasan:

  1. untungnya pandai menjahit. Alhamdulillah. Suka anak dapat pakai baju umi dia jahit sendiri.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Saya memang minat tetapi semenjak jadi surirumah baru berpeluang belajar.

    BalasPadam