Selasa, 7 April 2015

Ulasan Ebook 44 Resepi Berpantang Tradisi Melayu


Hanya RM30


Oleh : Khadijah Maskam

Alhamdulillah, saya berjaya khatam Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu. Selain dari resepi yang menarik dan mudah untuk dicuba, elemen yang paling penting yang saya perolehi dari ebook ini adalah kepentingan makanan yang sihat sepanjang proses berpantang.

Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu ini bukan sahaja memaparkan resepi-resepi berpantang malah penulis turut berkongsi tentang persediaan sebelum bersalin, iaitu ketika tempoh kehamilan, persediaan sebelum ke hospital dan juga selepas bersalin iaitu rawatan sepanjang berpantang dan serba sedikit tips untuk pengurusan masa dan penyesuaian diri untuk “first-time-mommy”. Banyak tips dan informasi yang dikongsikan untuk membantu bukan sahaja ibu dalam berpantang malah sesuai untuk suami, ibu atau ibu mertua yang bertanggungjawab membantu sepanjang proses berpantang.

Kebiasaannya kita acapkali dihidangkan dengan mitos-mitos dari ibu atau nenek kita tentang betapa ketatnya dan bosannya berpantang akibat menu yang terhad. Seringkali dihidangkan dengan menu yang sama ketika berpantang 44 hari dengan alasan untuk cepat sembuh dan sihat, walhal kaedah berpantang yang terlalu ketat boleh mengakibatkan ibu-ibu dalam berpantang mengalami keletihan dan kelesuan akibat kekurangan nutrisi dalam makanan.

Resepi yang terdiri dari pelbagai sumber hidangan termasuk daging dan ikan mampu memikat selera ibu berpantang di samping membekalkan khasiat yang cukup untuk mempercepatkan proses pemulihan tenaga luaran dan dalaman ibu dalam tempoh berpantang.

Khasiat yang dibekalkan oleh makanan herba dan rempah ratus seperti halia muda yang umum tahu akan kebolehan dan khasiatnya dalam membuang angin dalam badan, kunyit dan pegaga yang berfungsi sebagai agen pengecutan dan penyembuhan luka, serta lada hitam yang berfungsi untuk memanaskan badan dan mampu menyingkirkan lemak berlebihan akibat proses kehamilan selama 9 bulan.

Ebook 44 Resepi Pantang Tradisi Melayu memaparkan pengolahan resepi menggunakan herba dan rempah yang sangat penting untuk ibu berpantang serta memberikan idea-idea hebat dalam penyediaan menu berpantang. Kini, ibu-ibu di luar sana tidak perlu risau dan ragu lagi menu apa yang perlu disajikan untuk ibu-ibu berpantang kerana ebook ini telah memberikan panduan yang lengkap cukup untuk sepanjang tempoh berpantang.

Saya syorkan sahabat di luar sana terutama yang bakal bersalin tidak lama lagi untuk segera mendapatkan ebook ini kerana banyak informasi dan tips berguna untuk persediaan berpantang anda. Bagi mereka yang dalam fasa menurunkan berat badan, anda juga dialu-alukan untuk mendapatkan ebook ini kerana resepi-resepi ini kesemuanya terdiri dari menu rendah lemak dan kolestrol tetapi apa yang penting dapat membekalkan tenaga yang diperlukan badan kita seharian.

Terima kasih kepada pihak ABDR kerana memperkenalkan ebook yang sangat menarik dan bermanfaat.


berminat boleh hubungi saya dengan:
        Terus menempah di Borang tempahan
Email : norlizatomiran@gmail.com
FB : Kasih Eliz

Berusaha ke arah yang positif

Assalammualaikum..

Walaupun sudah 2 kali menolak pemohonan Giat mara dan 1 kali pemohonan Yayasan Pendidikkan  dalam ilmu jahitan, saya tetap tidak akan berputus asa mendalami ilmu jahitan. Penolakkan itu bukan suka-suka. Kesemuanya mempunyai sebab yang tersendiri. Cuma yang pasti saya mencintai bidang ini sejak dari dulu lagi. 

Malah banyak juga saya berhabis dengan bidang ini. Alhamdulillah, suami semakin memahami. Malah saya mendalami ilmu jahitan dengan wang saya sendiri. Saya merasakan kepuasan untuk itu. Saya juga selalu membaca perkongsian mentor-mentor hebat dan guru-guru saya. Ini menjadikan saya lebih bermotivasi dan betambah usaha. Tiada apa yang datang kepada kita dengan hanya bergolek.

Ini pengalaman saya baru-baru ini. Sebenarnya saya sudah beberapa kali tanya mengenai Modul SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) yang di jalankan di intitut tersebut.  Mungkin bukan rezeki saya. Saya tinggal berjauhan. Ini kerana intitut tersebut tidak mempunyai asrama dan di kehendaki belajar lebih masa. Namun saya redha. Tetapi saya tetapi berhajat ingin menuntut di situ walaupun hanya mengambil peringkat sijil. Kerana saya suka dengan cara guru tersebut.

Selang beberapa hari kemudian saya menemui kelas jahitan yang murah. Tetapi tanggungjawab menghabiskan modul mesti ada.  Bermula sesi soal jawab di PM FB serta meninggalkan nombor telefon. Selepas itu saya mengambil masa berfikir dan solat mohon petunjuk dan di permudahkan. Saya cuba mendail nombor telefon yang di berikan. Malang sekali, panggilan saya tidak dapat di layan, kerana ada urusan yang lebih penting. Saya terasa sungguh kecewa. Tetapi saya tetapi melawat FB puan tersebut.

Selang seminggu saya, PM lagi dan meninggalkan nombor telefon lagi. Hanya sabar dan tunggu panggilan yang di balas. Ya Allah, ujian apakah ini?. Saya sebenarnya kurang sabar. Malah saya perlukan ilmu itu. Selang seminggu kemudian, saya terbaca tempat yang saya inginkan di adakan panggilan temuduga. Saya PM lagi. Tetapi kali ini saya menulis " Puan, saya inginkan kelas di tempat puan temuduga. Bolehkah kiranya saya menelefon puan untuk temuduga. Malah ia dapat mengurangkan kos bil puan. Saya amat-amat berminat dengan kelas puan." . Tiba-tiba puan tersebut meminta no telefon saya sekali lagi. Alhamdulillah, puan tersebut telah menelefon saya untuk temuduga yang pertama. Temuduga yang pertama sudah cukup buat saya menangis gembira.

Sekarang saya menunggu panggilan ke 2, untuk temuduga yang seterusnya. Saya tidak salahkan puan tersebut. Terlalu ramai yang ingin belajar. Tetapi seperti puan tersebut berkata, dia ingin lihat berapa ramai yang betul-betul bersungguh berusaha ke arah apa yang di inginkan. Mungkin ini lah hikmah yang saya perolehi. Walaupun sudah hampir 3 kali meninggalkan nombor telefon.

Saya ingin betul-betul menjana pendapatan dengan bidang jahitan. Menjana pendapatan dengan minat dan hobi yang ada. Sedia maklum kos sara hidup semakin tinggi. Malah ber"Blog" juga minat saya. Perkongsian dan ibarat buku catatan saya juga. Malah saya dapat menjana pendapatan sampingan juga.

Berdoa, berusaha dan bertawakal mesti seiring. Apa yang saya belajar melalui pengalaman ini. Set kan di minda dan usaha ke arah itu. In sha Allah berbaloi. Jika bukan rezeki kita itu, In sha Allah, Allah akan mengantikan yang terbaik dari apa yang di inginkan. Sesungguhnya perancangan Allah hebat. Biar kecewa yang kita berusaha, jangan kecewa tanpa kita berbuat apa-apa. Sekian kisah saya.

Sentiasa berkata benar


Sentiasa jujur dan berkata benar. Contohnya barang puan Salmah sudah pun dihantar akan tetapi ada masalah dengan syarikat penghantaran. Usahawan perlu menerangkan dengan benar situasi yang berlaku.
"Sebenarnya puan, barang sudah 
dihantar pada tarikh sekian-sekian. Ada masa ia akan sampai pada keesokannya, ada masa dua hari tiga hari. Ada juga kes barang lambat dan ada barang yang hilang. Jadi, kita sama-sama doa barang puan sampai tepat masanya. Harap puan bersabar, jika barang sudah sampai maklumkan pada saya. Jika tidak sampai atau rosak, maklumkan juga saya akan gantikan semula dengan yang baru."

baca lagi dalam ebook 101 idea home based bisnes



Dapatkan harga PROMOSI sekarang!!


berminat boleh hubungi saya:


       Terus menempah di Borang tempahan
Email : norlizatomiran@gmail.com
FB : Kasih Eliz

Isnin, 6 April 2015

Tip Motivasi

Tips motivasi untuk suri rumah

• Tetapkan sasaran kerja harian, sama ada kerja rumahtangga, urusan anak-anak, urusan diri sendiri. Agihkan urusan kerja mengikut jadual kerja empat tempoh.


• Jadual kerja empat tempoh ialah agihan 6 jam untuk setiap tahap. Maksudnya ada empat tahap dalam kalender masa 24 jam sehari. Tentukan bermula bangun pagi hingga anda selesai untuk hari tersebut.( 6 jam X 4 tempoh)

• Pastikan anda membuat senarai kerja setiapnya seimbang untuk diselesaikan setiap hari.

• Agihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera, boleh ditangguh.

• Pastikan anda pandai mencuri masa rehat untuk diri sendiri.

• Jangan mudah stress melihat rumah berselerak dan anak-anak minta perhatian serentak. Tarik nafas buat senarai, atau segera buat satu persatu.

• Kadangkala apabila terlalu penat, tangguhkan dulu, rehat seketika dan kembali semula dengan rutin sibuk.

• Anda perlu tahu setakat mana kemampuan dan sasaran mahu dicapai.

• Apabila terlalu penat, berkongsi dengan suami, mintalah bantuan terutama hari minggu, mohon cuti menguruskan anak-anak. Biar suami sahaja yang uruskan.

• Antara zikir yang disarankan Rasulullah kepada salah isteri baginda yang mengadu penat menguruskan rumahtangga. Subhanallah, Allhamdulillah, Allahuakbar, ketika mahu tidur. Hilang segala kepenatan seharian dengan limpahan kasih sayang Allah.

baca naskah ebook super wahm super mom






Dapatkan harga PROMOSI sekarang!!

berminat boleh hubungi saya:

Norliza Tomiran
Email : norlizatomiran@gmail.com
FB : Kasih Eliz

Ahad, 5 April 2015

Aktiviti hujung bulan

Assalammualaikum

Hampir seminggu tidak mencoret aktiviti harian. Kadang-kadang isi sudah ada, tetapi masa untuk mencoretkan di blog amat terhad. Di sini saya kongsikan aktiviti hujung bulan saya bersama keluarga.

KLCC!!..bukan asing bagi saya sebenarnya, kerana semasa bujang saya dan rakan-rakan beriadah di sini. Bukan itu sahaja kedai buku Kinokuniya dan PetroSains juga adalah tarikkan kami. Malah Akuaria KLCC juga kami kunjungi, walaupun sudah kunjungi Akuaria Langkawi. Yang pasti ada keistimewaan tersendiri.

Berbalik pada aktiviti riadah saya bersama keluarga baru-baru ini ialah membawa anak-anak bermandi di kolam KLCC. Anak dara saya ingin sangat pergi ke sini. Al-maklum, setiap kali pulang ke rumah uwan dan atok mesti nampak KLCC. Maka kami tunaikan impian mereka. Pada mulanya kami suami isteri ingin membawa anak-anak mandi di kolam kemudian kunjungi Petrosains. Tetapi rancangan berkunjung di Petrosains terpaksa di batalkan apabila anak-anak kepenatan.


Macam mana tidak kepenatan jika berjam aktiviti mereka disini. Bila anak dara berbaju mandi tetapi anak bujang berkemeja dan berseluar betul-betul mencuit hati kami suami isteri. Sebenarnya anak bujang kami bawakan seluar "kecik" untuk mandi. Tetapi katanya dia tidak mahu. Bila berseluar "kecik" dan tidak berbaju, katanya malu. Pada mulanya saya ingat dia main-main. Rupa-rupanya dia betul-betul tidak mahu mandi dengan keadaan begitu.

Jadi suami terpaksa pakaikan pakaian yang dia pakai semasa dia datang tadi. Saya pula mengawasi anak dara saya mandi. Alhamdulillah bawa baju lebih. Kalau tidak terpaksa berbelanja di KLCC..hihi

Saya biarkan mereka mandi sampai mereka kata sudah tidak mahu mandi lagi..ibu. Jika di minta sudah, nanti menangis kerana tidak puas mandi. Maka bagi mereka peluang mandi di tengah-tengah bangunan yang tinggi.


Setelah puas bermandi-manda. Maka aktiviti bermain pula. Habis segala permainan di sini mereka mencubanya. Alhamdulillah mereka gembira. Cuma ibu dan abah sahaja yang rasa macam keletihan mengikut mereka. Di sini juga mereka belajar berkawan dengan sesiapa jua walaupun baru pertama kali jumpa.

Alhamdulillah, anak-anak tahu menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar walaupun masih belum bersekolah. Tetapi langit tidak selalu cerah. Maka bila hari lewat petang, hujan pun turun. Baru sahaja anak dara melabuhkan punggung pada kerusi yang betul-betul menghadap air pancut. Kami baru sahaja ingin menyaksikan pemandangan air pancut mengikut alunan muzik. Mungkin bukan rezeki anak-anak ingin melihat air pancut itu dengan lama.

In sha Allah, jika ada rezeki lagi kami berkunjung ke sini lagi. Yang pasti ingin membawa anak-anak ke Akuaria dan PetroSains. Ini kerana ibu pun suka sains dan alam haiwan. Pulang dari KLCC, anak-anak sudah kepenatan. Terus tertido dalam kereta walaupun masih di dalam kawasan tempat letak kereta di KLCC. Gembira kami melihat puteri dan putera kami gembira. Sekian.


Nota Inspirasi 8 - Yeay! mama sudah resign



Nota inspirasi 8-Izzah Razak.
18 Mac 2014 saya mendapat panggilan sekali lagi dari ayah. Tidak lama kemudian, adik saya pula menelefon menjerit menyatakan.
“Kaklong, mak dah tak ada." 

Ya Allah sungguh pahit untuk ditelan, tapi itulah hakikat yang harus diterima oleh kami sekeluarga. Kali ini, saya pulang sekeluarga. Saya sempat memandikan arwah sehingga dikuburkan di liang lahad. Tidak dapat digambarkan perasaan terkilan saya pada masa itu, cuma tiga hari selepas saya pulang, arwah meninggalkan kami. Subhanallah..tapi saya bersyukur dapat menjaganya 5 hari di hospital sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Masih kekal di ingatan saya senyuman arwah pada malam terakhir sebelum saya pulang ke Johor. Senyuman yang pasti untuk menyenangkan hati saya sahaja. 
Arwah meninggalkan kami pada usia 53 tahun (saya pula berusia 35 tahun) Semoga arwah ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Al Fatihah. Beliaulah yang menjadi kekuatan pada diri saya untuk berkongsi dengan anda di luar sana.
Saya bermastautin di selatan. Saya berkahwin dan bekerja selama lebih kurang 10 tahun. Menjawat jawatan sebagai seorang jurutera membuatkan saya sibuk. Setiap hari dikelilingi dengan pelbagai masalah tekanan kerja. Bekerja lima setengah hari seminggu membuatkan saya tiada masa untuk diluangkan masa bersama keluarga tersayang. Masa cuti di hujung minggu cuma dipenuhi untuk membereskan kerja-kerja rumah dan berbelanja barang dapur. Tiada masa untuk membawa anak-anak bercuti. Jika ada kelapngan, kami cuma boleh membawa anak-anak bermain di taman permainan berhampiran. Itu sahaja tempat rekreasi yang tidak memerlukan modal.

Baca lebih banyak lagi dalam EBOOK YEAY MAMA SUDAH RESIGN



Dapatkan harga PROMOSI sekarang!!

berminat boleh hubungi saya:

Norliza Tomiran
Email : norlizatomiran@gmail.com
FB : Kasih Eliz

Ebook Yeay! Mama Sudah Resign





Tinta Pengarang
Bahagian 1:
Bab 1: Saya mahu jadi WAHM- Nor Atiqah Hamidi
Bab 2: ‘Resign’bukan bermaksud tidak bekerja-Nora Afzam
Bab 3:Impian seorang isteri- Izzah Razak
Bab 4: Saya Kini Suri Sepenuh Masa- Umi Arbee.
Bab 5: Saya Tidak Gembira Bekerja-Rahayu Rashid
Bahagian 2: Soal Jawab (Q & A)
Bahagian 3: Perkongsian Pengalaman 10 Usahawan (Bisnes Dari Rumah)
1. Suhaila Amirrudin, Usahawan Pakaian/ Produk Kanak-Kanak
2. Khairina Yaacob, Usahawan Jahitan Pukal/Baju Menyusu
3. Wani Hamid Jurulatih Akaun/Kewangan
4. Mardhiah Shamsuri, Pengasas Komunit Lovely Live
5. Farah Hafizah, Seni Kraf Kreatif
6. Nor Fahdillahtul Lela Khalil, Pengasas Tart Shell
7. Tengku Azuriyah Tengku Mohamad, Seni Kreatif Sulaman dan Jahitan
8. Hijarina Othman, Usahawan Produk Makanan dan kraf Sarawak
9. Faziatun Nisa’ Yusof Basha, Usahawan Makanan
10. Zaila Mohamad, Usahawan dan Guru Online.




Dapatkan harga PROMOSI sekarang!!

berminat boleh hubungi saya:

Norliza Tomiran
Email : norlizatomiran@gmail.com
FB : Kasih Eliz