Assalammualaikum..
Walaupun sudah 2 kali menolak pemohonan Giat mara dan 1 kali pemohonan Yayasan Pendidikkan dalam ilmu jahitan, saya tetap tidak akan berputus asa mendalami ilmu jahitan. Penolakkan itu bukan suka-suka. Kesemuanya mempunyai sebab yang tersendiri. Cuma yang pasti saya mencintai bidang ini sejak dari dulu lagi.
Malah banyak juga saya berhabis dengan bidang ini. Alhamdulillah, suami semakin memahami. Malah saya mendalami ilmu jahitan dengan wang saya sendiri. Saya merasakan kepuasan untuk itu. Saya juga selalu membaca perkongsian mentor-mentor hebat dan guru-guru saya. Ini menjadikan saya lebih bermotivasi dan betambah usaha. Tiada apa yang datang kepada kita dengan hanya bergolek.
Ini pengalaman saya baru-baru ini. Sebenarnya saya sudah beberapa kali tanya mengenai Modul SKM (Sijil Kemahiran Malaysia) yang di jalankan di intitut tersebut. Mungkin bukan rezeki saya. Saya tinggal berjauhan. Ini kerana intitut tersebut tidak mempunyai asrama dan di kehendaki belajar lebih masa. Namun saya redha. Tetapi saya tetapi berhajat ingin menuntut di situ walaupun hanya mengambil peringkat sijil. Kerana saya suka dengan cara guru tersebut.
Selang beberapa hari kemudian saya menemui kelas jahitan yang murah. Tetapi tanggungjawab menghabiskan modul mesti ada. Bermula sesi soal jawab di PM FB serta meninggalkan nombor telefon. Selepas itu saya mengambil masa berfikir dan solat mohon petunjuk dan di permudahkan. Saya cuba mendail nombor telefon yang di berikan. Malang sekali, panggilan saya tidak dapat di layan, kerana ada urusan yang lebih penting. Saya terasa sungguh kecewa. Tetapi saya tetapi melawat FB puan tersebut.
Selang seminggu saya, PM lagi dan meninggalkan nombor telefon lagi. Hanya sabar dan tunggu panggilan yang di balas. Ya Allah, ujian apakah ini?. Saya sebenarnya kurang sabar. Malah saya perlukan ilmu itu. Selang seminggu kemudian, saya terbaca tempat yang saya inginkan di adakan panggilan temuduga. Saya PM lagi. Tetapi kali ini saya menulis " Puan, saya inginkan kelas di tempat puan temuduga. Bolehkah kiranya saya menelefon puan untuk temuduga. Malah ia dapat mengurangkan kos bil puan. Saya amat-amat berminat dengan kelas puan." . Tiba-tiba puan tersebut meminta no telefon saya sekali lagi. Alhamdulillah, puan tersebut telah menelefon saya untuk temuduga yang pertama. Temuduga yang pertama sudah cukup buat saya menangis gembira.
Sekarang saya menunggu panggilan ke 2, untuk temuduga yang seterusnya. Saya tidak salahkan puan tersebut. Terlalu ramai yang ingin belajar. Tetapi seperti puan tersebut berkata, dia ingin lihat berapa ramai yang betul-betul bersungguh berusaha ke arah apa yang di inginkan. Mungkin ini lah hikmah yang saya perolehi. Walaupun sudah hampir 3 kali meninggalkan nombor telefon.
Saya ingin betul-betul menjana pendapatan dengan bidang jahitan. Menjana pendapatan dengan minat dan hobi yang ada. Sedia maklum kos sara hidup semakin tinggi. Malah ber"Blog" juga minat saya. Perkongsian dan ibarat buku catatan saya juga. Malah saya dapat menjana pendapatan sampingan juga.
Saya ingin betul-betul menjana pendapatan dengan bidang jahitan. Menjana pendapatan dengan minat dan hobi yang ada. Sedia maklum kos sara hidup semakin tinggi. Malah ber"Blog" juga minat saya. Perkongsian dan ibarat buku catatan saya juga. Malah saya dapat menjana pendapatan sampingan juga.
Berdoa, berusaha dan bertawakal mesti seiring. Apa yang saya belajar melalui pengalaman ini. Set kan di minda dan usaha ke arah itu. In sha Allah berbaloi. Jika bukan rezeki kita itu, In sha Allah, Allah akan mengantikan yang terbaik dari apa yang di inginkan. Sesungguhnya perancangan Allah hebat. Biar kecewa yang kita berusaha, jangan kecewa tanpa kita berbuat apa-apa. Sekian kisah saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan