Rabu, 15 April 2015

Kad bisnes

Teks: Norliza Tomiran

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, semenjak bersama rakan-rakan pengurus "online" ABDR banyak ilmu yang saya perolehi. Bertukar-tukar buah fikiran dan pendapat malah tunjuk ajar. Di beri guru yang sentiasa ada untuk sebarang pertanyaan terutamanya seperti saya yang baru hendak berjinak-jinak perniagaan "online".

Rupa-rupanya baru saya tahu betapa pentingnya "Kad Bisnes" untuk sebarang perniagaan. Tidak kira perniagaan "online" mahupun "offline". Malah besar manfaat yang di perolehi. "Kad bisnes" juga adalah salah satu cara untuk kita mempromosi kepakaran kita.  Rezeki itu milik Allah. Tetapi kita wajib usaha. Kita tidak tahu Allah akan memberi rezeki melalui orang yang kita memberi "Kad Bisnes".  Sebab itu tiada kerugian di dalam memberi "Kad Bisnes".

Setelah mendapat tunjuk ajar melalui cikgu Anys dan rakan-rakan ABDR yang lain, maka terhasillah "Kad Bisnes" saya untuk di beri kepada rakan-rakan alam maya. Terima kasih semua.


Tiada ulasan:

Catat Komen