Assalammualaikum
Hampir seminggu tidak mencoret aktiviti harian. Kadang-kadang isi sudah ada, tetapi masa untuk mencoretkan di blog amat terhad. Di sini saya kongsikan aktiviti hujung bulan saya bersama keluarga.
KLCC!!..bukan asing bagi saya sebenarnya, kerana semasa bujang saya dan rakan-rakan beriadah di sini. Bukan itu sahaja kedai buku Kinokuniya dan PetroSains juga adalah tarikkan kami. Malah Akuaria KLCC juga kami kunjungi, walaupun sudah kunjungi Akuaria Langkawi. Yang pasti ada keistimewaan tersendiri.
Berbalik pada aktiviti riadah saya bersama keluarga baru-baru ini ialah membawa anak-anak bermandi di kolam KLCC. Anak dara saya ingin sangat pergi ke sini. Al-maklum, setiap kali pulang ke rumah uwan dan atok mesti nampak KLCC. Maka kami tunaikan impian mereka. Pada mulanya kami suami isteri ingin membawa anak-anak mandi di kolam kemudian kunjungi Petrosains. Tetapi rancangan berkunjung di Petrosains terpaksa di batalkan apabila anak-anak kepenatan.
Macam mana tidak kepenatan jika berjam aktiviti mereka disini. Bila anak dara berbaju mandi tetapi anak bujang berkemeja dan berseluar betul-betul mencuit hati kami suami isteri. Sebenarnya anak bujang kami bawakan seluar "kecik" untuk mandi. Tetapi katanya dia tidak mahu. Bila berseluar "kecik" dan tidak berbaju, katanya malu. Pada mulanya saya ingat dia main-main. Rupa-rupanya dia betul-betul tidak mahu mandi dengan keadaan begitu.
Jadi suami terpaksa pakaikan pakaian yang dia pakai semasa dia datang tadi. Saya pula mengawasi anak dara saya mandi. Alhamdulillah bawa baju lebih. Kalau tidak terpaksa berbelanja di KLCC..hihi
Saya biarkan mereka mandi sampai mereka kata sudah tidak mahu mandi lagi..ibu. Jika di minta sudah, nanti menangis kerana tidak puas mandi. Maka bagi mereka peluang mandi di tengah-tengah bangunan yang tinggi.
Setelah puas bermandi-manda. Maka aktiviti bermain pula. Habis segala permainan di sini mereka mencubanya. Alhamdulillah mereka gembira. Cuma ibu dan abah sahaja yang rasa macam keletihan mengikut mereka. Di sini juga mereka belajar berkawan dengan sesiapa jua walaupun baru pertama kali jumpa.
Alhamdulillah, anak-anak tahu menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar walaupun masih belum bersekolah. Tetapi langit tidak selalu cerah. Maka bila hari lewat petang, hujan pun turun. Baru sahaja anak dara melabuhkan punggung pada kerusi yang betul-betul menghadap air pancut. Kami baru sahaja ingin menyaksikan pemandangan air pancut mengikut alunan muzik. Mungkin bukan rezeki anak-anak ingin melihat air pancut itu dengan lama.
In sha Allah, jika ada rezeki lagi kami berkunjung ke sini lagi. Yang pasti ingin membawa anak-anak ke Akuaria dan PetroSains. Ini kerana ibu pun suka sains dan alam haiwan. Pulang dari KLCC, anak-anak sudah kepenatan. Terus tertido dalam kereta walaupun masih di dalam kawasan tempat letak kereta di KLCC. Gembira kami melihat puteri dan putera kami gembira. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan