Selasa, 4 Ogos 2015

Promosi Ogos


PROMOSI OGOS !!!

Praktik 4S dan 4T Sebelum Berhenti Kerja
Apa itu 4s dan 4t
Setiap hari perlu
1. Solat awal waktu
2. Sedekah dan lupakan
3. Simpan dan lupakan
4. Solat dhuha
4T
1. Tabung modal
2. Tabung hutang
3. Tabung perbelanjaan bulanan
4. ...............
Apa itu secara jelas 4s 4t ini, perlu kalian praktik sejak sebelum berhenti kerja lagi. Jika belum capai tangguhkan dahulu niat. Ini berdasarkan pengalaman, perkongsian kisah sebenar, saya gabungkan satu formula baru yang lebih mudah sekiraya ramai ibu-ibu mahu buat keputusan berhenti kerja.
Baca lebih lanjut dalam ebook 101 Idea Home-Based Bisnes.




Untuk terus menempah : Click Di Sini

Rabu, 29 Julai 2015

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum..

   Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada anda semua. Agak lama saya menyepi dari blog kesayangan saya ini. Di bulan Ramadhan yang lalu masa saya adalah amat-amat terhad. Sambil-sambil menyiapkan tempahan raya yang ada, saya tetap mengikuti kelas KEJAP pada hujung minggu. Di tambah pula keadaan saya yang kurang mengizinkan sekarang.

   Namun begitu saya masih sempat menyiapkan baju raya saya dan anak-anak. Untuk suami seperti biasa menempah pada tukang jahit kegemarannya di Kuala Lumpur. Saya masih belum mampu membuat baju melayu suami kerana belum belajar. Apa-apa pun saya bersyukur pada keadaan ekonomi sekarang, saya mampu menjimatkan perbelanjaan isi rumah.

   Tahun ini, raya pertama saya beraya di rumah keluarga saya dahulu. Raya ke 2 baru di rumah keluarga suami. Di sini saya ada 2 keping gambar yang sempat di ambil pada hari raya. Untuk pertama kalinya juga saya cuba menjahit "dress" mengandung. Jika ada masa berluang saya akan tunjukkan gambar secara lebih terperinci.

Bersama suami tercinta

Bersama permata hati tersayang

    Selamat Hari Raya dari Kami Sekeluarga. Maaf zahir dan batin andai tersalah kata dan terlanjur perbuatan. Sekian.

Sabtu, 13 Jun 2015

Kelas Jahitan KEJAP

Assalammualaikum..

    Bermula hujung bulan 5 yang lalu, saya telah pun bermula mengikuti Kelas Jahitan Percuma (KEJAP). Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai kelas ini, anda boleh pergi ke halaman FB Kelas Jahitan Percuma. In sha Allah, ada penerangan lanjut mengenai kelas dan jurulatih.  Selama berbulan-bulan saya mengikuti perkembangan kelas ini yang pada awalnya bermula di tempat bonda ( panggilan untuk pengasas KEJAP) di Klang.
   
   Akhirnya bila bonda ingin buka kelas ini di seluruh negara, saya bersyukur teramat-amat.  Tetapi sayang, pada masa ini di tempat saya masih tiada, tetapi saya telah memilih di Ampang Galaxy di bawah jurulatih Puan Kay. Saya juga bersyukur bila di kelilingi jurulatih dan rakan-rakan yang sentiasa positif. Itu yang membuatkan saya sentiasa berpandangan ke hadapan. Saya memilih di Ampang kerana selepas suami menghantar saya ke kelas, dia boleh pergi di rumah mertua saya. Tidak perlu tunggu di tempat saya belajar sehingga habis. Apa yang membuat saya mula-mula tertarik dengan kelas ini adalah belajar menjahit tanpa pola. Banyak penjimatan di situ. Malah lebih kepada keyakinan diri.

   Pakej belajar yang di tawarkan adalah cara mengendalikan mesin industri, baju kurung lis, baju kurung asli, jubah wanita dan baju melayu. Menarik bukan???. Untuk saya yang sentiasa dahagakan ilmu, saya amat-amat suka kelas ini. Kami juga berkongsi tip-tip jahitan. Jika sesiapa ingin belajar boleh ke halaman FB yang saya beri. Malah jika ingin menjadi jurulatih juga di alu-alukan. Saya kongsikan kelas yang saya hadiri.


Mengendalikan mesin industri
Bonda menerangkan cara menjahit baju kurung lis / kun.

Penerangan bersama Bonda (pengasas KEJAP)


    Menarik bukan???..  Positifkan diri anda.. Tidak rugi menuntut ilmu. Sekian

Koleksi Tudung Lycra

Assalammualaikum..

    Alhamdulillah, kini saya semakin sihat kembali. Ini kerana saya mengalami alah bila mengandung. Maka ada beberapa tempahan saya tolak. Malah kini saya juga sedang mengikuti kelas jahitan pada hujung minggu, jadi masa saya agak terhad. Sudah agak lama juga saya tidak kongsikan hasil jahitan saya. Untuk minggu terakhir bulan Syaaban, saya cuba untuk menyiapkan baju raya saya dan anak-anak termasuk tudung.  Untuk baju raya 95% sudah pun siap. Cuma belum di jahit kelim. Jadi saya simpan dulu untuk sessi tayangan. Cuma tudung bahagian yang pertama sudah siap.  Untuk bahagian ke 2 pula masih dalam sessi potong-potong.

   Di bawah adalah tudung sessi pertama dan contoh-contoh jahit tepi halus saya. Saya menggunakan mesin jahit tepi halus industri. Yang pasti tempah ini sudah pun ada yang punya. Awning saya menggunakan "double cotton". Boleh masuk mesin basuh dan tidak perlu risau awning patah.


Tudung Lycra Biasa Ibu dan Anak (Awning Coklat Gelap)
Awning Pink
Awning Coklat Terang
Atas Material Chiffon - Menggunakan 3 benang biasa
Bawah Material Lycra - Mengunakan 4 benang

Sekian Terima kasih.





Rabu, 13 Mei 2015

21 Formula Hidup Luar Biasa



Buku ini sangat lain daripada buku-buku terlajak laris sebelum ini di mana intipatinya lebih kepada penceritaan di dalam menyampaikan 21 Formula Hidup Luar Biasa di dalam mencapai kejayaan dan keberkatan dunia akhirat Insya Allah. Genre penulisan kali ini adalah lebih kepada menyerlahkan potensi kita untuk hidup luar biasa dan paksi utamanya adalah berkaitan di antara kita dan Allah swt, kekasihNya dan makhlukNya. Ini adalah di antara sebahagian intipati ilmu yang saya kongsikan di dalam seminar 4-hari Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).
Ilmu tidak percuma apatah ilmu yang diraih dari kepayahan jatuh bangun dan kesusahan bertahun-tahun sehingga ia terbukti ianya berkesan berulang-ulang kali. Ia memerlukan pengorbanan, jerih perih, pelaburan masa, tenaga, wang dan emosi. Ia melibatkan konflik, kontroversi, kegigihan dan kegagalan demi kegagalan serta kekuatan untuk bangkit lebih bersedia menghadapi cabaran seterusnya.
Banyak perkara yang saya ingin kongsi bersama anda dan ada yang saya kongsikan dalam buku “21 Formula Hidup Luar Biasa” setebal hampir 400 muka surat ini. Antaranya adalah tentang kehidupan seharian kita, apa yang kita perlu lakukan untuk mendapatkan kehidupan yang berkat dengan kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan.
Salah satu jawapannya adalah amalan baik dan disiplin harian yang konsisten. (dr azizan osman)

Buku yang sangat memberi inspirasi.

Dapatkan segera buku ini 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA

HARGA BUKU RM45 (TERMASUK POSTAGE 
SEMENANJUNG DAN SABAH SARAWAK)

Khamis, 7 Mei 2015

8 tip murah rezeki dalam hubungan…IRFAN KHAIRI

1)Senyum itu sedekah. Murahkan diri dengan senyuman sentiasa dan rezeki pun akan murah.

2)Gembirakan kanak-kanak.


3)Mendirikan masjid bagi mereka yang masih bujang. Jangan ditunda-tunda kerana Allah swt akan memberi rezeki rumah tangga pula.


4)Bagi yang sudah berkahwin, jaga hati sesama suami dan isteri selalu. Sayang menyayangi sekeluarga, rezeki pun akan sayang pada kita


5)Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.


6)Bagi suami, isteri, sentiasa bersyukur dengan pasangan hidup sedia ada. Tidak kira apa sahaja kekurangan masing-masing.


7)Layan semua orang dengan penuh hormat tidak kira miskin atau kaya, tua atau muda. Tidak kira juga pangkat, darjat, atau di mana sahaja kedudukan kita berada.


8)Gembirakan orang yang berada dalam duka atau sedih.