Apa matlamat kelas asas blog dan penulisan?
-Sudah ada blog tetapi bersawang lama tidak update.
-Tidak tahu apa fokus yang mahu ditulis.
-Tidak konsisten menulis.
-Tidak tahu apa tajuk dan fokus blog yang sesuai.
Bonus
-Blog yang suka dibaca.
-Menulis dengan konsisten.
-Pembaca kemdian sebagai 'pelanggan'.
Matlamat kelas ini.
-Kenalpasti minat, kemahiran, kepakaran yang boleh dikongsi di blog.
-Kenalpasti apa produk dan siapa sasaran.
-Kenalpasti apa servis dan siapa sasaran pembaca.
-Kenalpasti apa FOKUS BLOG dan jadikan ia sebagai blog panduan, boleh ditukar kepada ebook panduan.
Bagaimana mahu daftar?
Baca dan faham dahulu apa pelajar-pelajar terdahulu berjaya selesai dan dapat.
Pilih guru, pilih pakej kelas kemudian daftar.
Kelas adalah secara online.
berminat boleh hubungi saya:
Norliza Tomiran
Email : norlizatomiran@gmail.com
FB : Kasih Eliz
Ahad, 5 April 2015
Kelas Asas Akaun Bulan April
Belajar urus akaun kewangan bersama 2 Trainer yang berkoloborasi dengan ABDR.
Pendaftaran sudah dibuka. Kelas Asas akaun bulan April 2015
Pendaftaran sudah dibuka. Kelas Asas akaun bulan April 2015
1. Kelas Asas Akaun secara ONLINE
Tarikh: 5 April 2015 (Ahad) / 19 April 2015 (Ahad)
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - untuk 2 modul
Tarikh: 5 April 2015 (Ahad) / 19 April 2015 (Ahad)
Masa: 9.30pg - 12.30tgh
Modul 1: Basic book keeping.
Bagaimana merekod buku simpan kira?
Modul 2: Pengenalan kepada asas perniagaan dan fungsinya.
-Mengenal dan belajar kepentingan dokumen.
- Invois, cash, bil, resit, purchase order
Yuran RM150 - untuk 2 modul
2. Grup Coaching (Min 6-10 peserta)
Tarikh: 18 April 2015 / 25 April 2015 (Sabtu)
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Tarikh: 18 April 2015 / 25 April 2015 (Sabtu)
Masa: 9.15am-4pm
Lokasi: Putrajaya.
Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.
Rabu, 1 April 2015
PROMOSI APRIL
PROMOSI HANYA UNTUK BULAN APRIL
Rebut peluang untuk penjimatan..
3 EBOOK HANYA RM50
berminat boleh hubungi saya:
Norliza Tomiran
Email : norlizatomiran@gmail.com
FB : Kasih Eliz
Rebut peluang untuk penjimatan..
3 EBOOK HANYA RM50
berminat boleh hubungi saya:
Norliza Tomiran
Email : norlizatomiran@gmail.com
FB : Kasih Eliz
Rabu, 25 Mac 2015
Hasil barang terbuang
Assalammualaikum.
Kayu katil. Kayu yang kukuh.
Sebenarnya kayu katil ini bukan hak milik kami sekeluarga. Tetapi ia sememangnya sedia ada semasa kami membeli rumah ini. Kami beli rumah lelong. Kira yang tinggal di rumah ini dahulu, hanya duduk saja. Tidak perlu bayar apa-apa. Semasa kami beli rumah ini, banyak juga barang-barang terbuang. Salah satunya kayu katil ini.
Setelah hampir 5 tahun, maka en.suami punya idea katanya. Sebenarnya dia rajin membaca blog..hihi. Maka terhasil lah gambar-gambar di bawah.
![]() |
| Ini tempat letak alatan saya untuk yang baru belajar resepi...hihi |
Isnin, 23 Mac 2015
Cheese tart pertama kali
Assalammualaikum..
Sumber: Blog Life is colorful
Salam hujung minggu. Alhamdulillah kesihatan bertambah baik. Bila hujung minggu dan en.suami juga cuti, maka wajib ada minum petang. Sudah agak lama saya mencari resepi "cheese tart". Saya sebenarnya suka makan tart telur. Tapi sebelum cuba tart telur, saya cuba "cheese tart".
Maka pagi-pagi saya buat doh untuk kulit "chesse tart". Tetapi dalam hati risau jua. Ini kerana acuan tart belum beli lagi. Sebab sabtu malam saya pergi kedai, kedai sudah tutup. Jadi balik dari pasar pagi, terus singgah di kedai alatan kek. Alhamdulillah acuan tart ada. Cuma... saiz tidak sama. Saiz habis. Saya beli jua, kerana doh sudah buat. Saya dapat saiz 5cm, 5.5cm dan 6cm. Setiap saiz 12 biji sahaja. Redha wahai hati.
Acuan tart saya saiz 6cm
Harga sebiji "cheese tart" ini boleh tahan juga. Kalau saya sekelurga setakat hendak beli 10biji sememangnya tidak mencukupi. Maka saya mencuba sendiri. Walaupun tiada rupa tetapi ada rasa kasih sayang..hihi. Yang ini saya mengikut resepi di Blog Life is colorful.
![]() |
| Bila acuan pelbagai saiz..tart juga pelbagai saiz. Abaikan lukisan yang tidak menarik itu. Saya tiada seni hendak lukis lemah lembut..hihi |
Alhamdulillah..saya suka tekstur bahagian bawah
"Cheese tart" ini sebenarnya sedap bila di sejukkan di peti ais. Tetapi, dalam rumah saya tiada kesempatan untuk itu. Terus makan. Ini resepi yang saya campur-campurkan.
Resepi Chesse Tart.
Kulit Tart.
170gram majerin
50gram gula castor
1 biji telur
290gram tepung gandum
1 susu kecil esen vanila
Caranya:
# Satukan majerin dan gula hingga sebati. (saya guna spatula sahaja)
# Masukkan telur dan esen vanila gaul sebati.
# Masukkan tepung sikit demi sedikit.( Saya uli guna tangan)
# Bila sudah menjadi doh dan lembut, masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. (Saya simpan 6 jam sahaja)
# Setelah 6 jam, keluarkan doh dan ambil sedikit untuk di tekan pada acuan.
# Sebelum bakar, cucuk dengan garfu.
# Untuk oven saya, saya bakar dalam 25minit suhu 170 darjah. Api atas bawah. (Bakar sehingga masak..ye)
# Kulit ini juga boleh di simpan dalam bekas kedap udara.
Filling cheese
250gram cream cheese
50gram gula castor
1biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
Filling- saya guna strawberi dan blueberry
Caranya:
# Putar cream cheese dan gula hingga sebati dan berkrim.
# Masukkan telur dan esen
# Putar sebati. Siap.
#Masukkan filling telebih dahulu (saya guna sudu).
# Baru pipekan cream chesse.
# Jika ada kreativiti, boleh lorekkan.
# Bakar dalam suhu 170 darjah dalam masa 5 minit @ cream chesse tidak melekat di jari.
Selamat mencuba.
Sabtu, 21 Mac 2015
Ujian Allah
Assalammualaikum..
Hampir semiggu kain-kain ini terletak sahaja di meja mesin. 10 helai "bit" bola jaring kanak-kanak tadika Pasti, sehelai jubah kanak-kanak dan sehelai jubah dewasa. Kain-kain semua sudah siap di potong. Tinggal hendak jahit. Kesemuanya hendak di hantar minggu hadapan. Semoga Allah memberi kekuatan untuk menyiapkan tempahan ini.
Untuk minggu ini sahaja, ujian Allah melanda kami sekeluarga. Kami bergilir-gilir demam. Anak-anak demam malam. Sekali demam serentak. Maka masa di lebihkan untuk mereka. Alhamdulillah, mereka beransur sihat. Saya pula, sehingga sekarang masih tidak sihat. Masih bergantung dengan ubat. Ini kerana saya sekali sakit kepala dan selsema.
Mungkin jua di sini musim panas. Tiada hujan membasahi bumi Bukit Beruntung untuk minggu ini. Bukan siang sahaja panas, malah waktu malam juga. Air tangki untuk kegunaan harian juga panas.
Semoga hujan akan membasahi bumi ku ini. Semoga Allah memberi kita semua di beri kesihatan yang baik. Di harap anda kurangkan aktiviti luar rumah ketika musim panas ini. Sekian.
Jumaat, 20 Mac 2015
Impian baru
Assalammualaikum
Waaa....macam besar sahaja impian saya ini ye...
Sebenarnya, saya punya impian ingin belajar menjahit jubah lelaki atau baju melayu. Sudah pun di bincangkan dengan en.suami. Tetapi seperti biasa berikan masa.
Kenapa jubah atau baju melayu lelaki??. Saya dan suami ada menanam impian untuk ke Tanah Suci. Tidak kira sama ada haji atau pun umrah. Jadi, untuk mengurangkan kos di sini adalah lebih baik saya belajar dari awal untuk menjahit jubah lelaki. In sha Allah, sekurang-kurangnya saya boleh menjahitkan baju insan yang menyayangi saya selepas ibu bapa saya. Malah saya juga berharap dapat menjahit jubah untuk ayah mertua dan abah saya.
Bila hendak raya, saya suka perhatikan harga-harga jubah lelaki. Boleh tahan harganya. Dari situ juga saya terdetik, bilakah berpeluang belajar jubah lelaki?. Saya juga mempunyai anak lelaki, sememangnya berbaloi.
Untuk baju melayu pula, saya sebenarnya ingin mengetahui cara menjahit seluar. Saya pernah menjahitkan baju raya suami. Sebulan saya belajar melalui buku, tetapi bahagian seluar saya masih tidak menjadi. Maka en.suami dengan rela dalam terpaksa memakai seluar baju melayu yang sepenuhnya getah..hihi. Itu lah kali pertama dan terakhir suami izinkan saya menjahit baju raya dia. Katanya selepas ini belajar betul-betul baru di izinkan.
Apa-apa pun saya bersyukur, kerana walaupun hanya sekali. En.suami sudi memberi kepercayaan kepada isterinya mejahit baju dia. Suami saya kebiasaanya menempah baju di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Kedai jahit itu saya syorkan padanya semasa hendak buat baju nikah dahulu. Maka sampai sekarang menempah di situ. Ini kerana abah saya tiap-tiap tahun tempah baju di situ. Mungkin keselesaan baju yang di jahit. Yang pasti tukang jahit juga lelaki.
Sekian sudah impan saya. Semoga ianya tercapai walaupun selepas raya..
Langgan:
Catatan (Atom)








