Assalammualaikum.
Untuk entri kali ini saya berkongsi cara saya untuk mendapatkan meter kain untk membuat cadar .
Untuk kain cadar yang biasa saya beli ada 3 jenis bidang.
- Kain cadar bidang 60"
- Kain cadar bidang 90"
- kain cadar bidang 110" ( Jarang di temui kerana kain ini lebih berkualiti malah lebih mahal. Standard kain cadar hotel-hotel )
Contoh saya ialah cadar bujang yang mempunyai lebar tilam 36" dan panjang tilam 74". Ini adalah contoh kiraan sahaja. Jadi jika ingin membuat cadar sendiri , maka ikut ukuran tilam masing-masing.
Untuk mendapat meter kain.
74" ( Panjang tilam ) + 13" ( Basi atas ) + 13" ( Basi bawah ) = 100"
Macam mana hendak dapat basi 13" Click Di sini
100" / 39" ( 1 meter kain = 39" ) = Lebih kurang 2.6 meter kain
Untuk mendapat bidang kain.
36" ( Lebar tilam ) + 13" (Basi kanan ) + 13" ( Basi kiri ) = 62"
Jika ukuran 62", maka anda boleh menggunakan kain cadar bidang 60"
Contoh untuk saiz tilam " Queen"
64"+ 13" + 13" = 90"
Jadi boleh menggunakan kain cadar bidang 90". Jika anda ingin menggunakan bidang 60", boleh juga. Tetapi anda hendaklah menyambung di bahagian tengah.
Untuk mendapatkan Pola cadar.
Sekian.
Salam Sayang
Ingin mendapatkan makanan sunnah. Boleh hubungi saya
Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmail.com
FB: Kasih Eliz
Klu tilam lebar-62"
BalasPadamPnjng tilam-77"
Ketebaln tilam 9'
Sy tolong jawab .boleh beli bidang 90,2.6meter utk cadar saja..nak buat sarung bntl,kena tmbah lg meter
Padam