Khamis, 12 Mei 2016

Sejadah Quilt

HARGA : RM75 ( TIDAK TERMASUK POS )

SAIZ  : 27" X 44"

KETEBALAN : 1/2"

STOK : SEDIA ADA

SULAM NAMA : PERCUMA









Isnin, 9 Mei 2016

Projek Rumah Sewa

Assalammualaikum.

   Alhamdulillah. Kita telah pun masuk di Bulan Syaaban 1437 Hijrah. Yang mana belum puasa ganti, boleh kiranya puasa sekarang. Saya Alhamdulillah, saya dapat berpuasa penuh tahun lepas walaupun waktu itu mengandungkan Nur Auni. Saya cuma bertekad untuk lebih puasa sunat di bulan yang mulia ini.

   Maaf kesibukkan yang melanda keluarga pada baru-baru ini amat membataskan untuk saya kongsikan apa-apa di blog kesayangan saya. Cuma saya bersyukur sangat-sangat projek suami dan keluarga hampir siap. Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, khasnya kepada bapa dan ibu mentua saya. Terus-terang saya katakan, saya dan suami tiada kata-kata lain untuk di ungkapkan, melainkan terima kasih atas segala-galanya.


Bakal rumah yang akan kami sewakan bahagian atas, tepi tangga.

Proses pemasangan pintu dan tingkap.


   Rumah sewa ini ada 4 pintu. Jadi ada 4 orang tuan rumah. Cuma yang bakal di sewakan hanya 3 pintu sahaja. Ini kerana, 1 pintu lagi adik ipar saya hendak duduk sendiri. Kami berharap semuanya akan selesai sebelum Ramadhan. Lokasi rumah ini di Hulu Langat

  Sekian dulu ye. Bila dah siap semua saya akan kongsikan bahagian dalam rumah dan sedikit kisah bagaimana persediaan saya dan suami untuk mendapatkan rumah ini. Yang pasti bukan senang untuk senang.

Sekian

Selasa, 26 April 2016

Tunic Blouse

Assalammualaikum


 Alhamdulillah. Akhirnya tercapai juga ingin memiliki "Tunic Blouse". Walaupun hasil jahitan sendiri. Hati kira ada taman bunga. Sebenarnya sebelum jahit selalu juga fikirkan kesesuaian "tunic" ini dengan bentuk fizikal saya.  Sebab bila tengok orang pakai cantik. Alhamdulillah, tiba-tiba terdetik di hati mengenai keyakinan diri. Bila yakin dengan diri, In sha Allah, secara tiba-tiba akan terserlah di luaran.

Untuk pertama kali menjahit zip di kain memeri adalah 1 cabaran. Percaya atau tidak untuk menjahit 2 zip di tangan sahaja, saya mengambil masa 1 malam. Ini kerana zip akan beralun. Sememangnya tidak cantik dan memuaskan hati saya. Saya sanggup tetas berkali-kali. Alhamdulillah, akhirnya berjaya. Selepas ini wajib kena lebih banyak buat latihan.

Material yang saya guna ini adalah kain Como Crepe. Sejenis kain yang memeri tetapi tidak terlalu memeri. Kain ini tidak perlu di "iron". Malah tidak panas bila memakainya. Labuh "tunic" ini adalah paras atas lutut dan menutupi punggung. "Tunic" ini sesuai di padankan dengan "skirt" labuh ataupun palazo. Zip di tangan bersaiz 8" untuk memudahkan mengambil wuduk.

Sekian.

Jumaat, 15 April 2016

Present dress

Assalammualaikum.

  Alhamdulillah. Salam Jumaat yang penuh berkat. Penghulu segala hari. Semoga apa yang di impikan akan tercapai. Kehidupan yang mendatang bertambah berkat dan mendapat redha Allah. Semoga laluan yang sukar, Allah permudahkan. Aaminn.

  Alhamdulillah, terhasil jua 'present dress' untuk anak bongsu saya. Tapi kali ini saya buat besar sedikit, untuk di pakai semasa raya dan selepas raya. Jika Auni semakin besar, In sha Allah, baju ini boleh di pakai menggunakan seluar pula.

  Material yang saya guna ini ialah kain 'knit cotton'. Istilah yang mudah faham adalah kain t-shirt. Saya buat untuk Auni sahaja kerana kakaknya Norhamizah tidak berminat dengan 'present dress' ini. Jadi baju untuk kakak kena tunggu la jawabnya. 

'Present Dress' Auni. 
   Di sini saya kongsikan link yang saya gunakan. Pola pun boleh dapat dari sini. Present Dress 6 bulan hingga 9 bulan dan Present Dress 12 bulan hingga 10 tahun .

Sekian

Rabu, 30 Mac 2016

Telekung Berpoket

Assalammualaikum.



  Agak lama saya tidak "update" blog kesayangan saya ini. Rindu rasanya. Sementara ada bayi, masa saya amat-amat terhad. Walaupun begitu saya menerima tempahan terutamanya telekung. Kali ini adalah telekung berpoket.

  Telekung berpoket ini buka untuk umrah sahaja. Tetapi untuk memudahkan kita semasa solat terawih di bulan Ramadhan. Bila hendak ke masjid, kita mesti akan bawa sedikit wang untuk sedekah. Jadi poket ini adalah kegunaannya. Malah saya juga tidak membawa beg telekung semasa solat terawih. Jadi, di poket ini saya menyimpan wang untuk sedekah nanti.

  Malah, bukan itu sahaja. Telefon bimbit juga boleh di simpan. Alhamdulillah, berbagai kegunaan poket ini. In sha Allah.

Sabtu, 5 Mac 2016

Kain Telekung

Assalammualaikum


  Mulai sekarang untuk tempahan telekung cotton saya akan membuat tali dan getah untuk bahagian pinggang. Antara kelebihan kain seperti ini adalah seseuai untuk semua jenis ukuran pinggang ini kerana ada tali . Malah tidak perlu risau jika getah longgar kerana tali membantu.

  

Jumaat, 4 Mac 2016

Impian ku "Telekung Ready Made"

Assalammualaikum..





 Dalam sibuk-sibuk menjaga anak kecil di samping meyiapkan tempahan  telekung, tergerak juga hati ini untuk membuat telekung "ready made" suatu hari nanti. Malah kalau boleh telekung yang mampu milik. Tidak semua orang mampu memiliki telekung yang berharga beratus-ratus. Ditambah pula keadaan ekonomi negara kita sekarang. 

Walaupun sekarang saya telah menghadkan untuk jahitan telekung pukal bukan bermakna saya berhenti menjahit telekung. Saya menerima tempahan yang dalam kuantiti yang biasa sahaja. Masa saya sekarang amat-amat terhad. Ini kerana saya juga sudah mula mengambil tempahan baju juga di samping anak yang masih bayi. Di tambah pula, bulan Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi. Jadi saya berharap di bulan yang mulia itu saya tidak lagi sibuk di depan mesin jahit seperti sebelumnya.

 Walaupun telekung kita tidak berharga beratus-ratus, tetapi kita boleh cuba menukar telekung solat kita kepada yang lebih elok dan selesa. Malah jika di beri lebihan rezeki, boleh menukarnya setiap tahun seperti baju. Mungkin saya tidak tahu bila masanya impian saya terlaksana, tetapi saya juga sedang berusaha ke arah itu. In sha Allah, niat yang baik akan di permudahkan urusan. Saya berharap pembaca blog saya juga dapat mendoakan impian saya.

Sekian