Sabtu, 28 Februari 2015

Kenangan mengandung dan Selamat Hari Lahir Puteri hati Ibu Abah

Assalammualaikum.

 Hari pertama lahir ke dunia 28 Feruari 2011

Pada tanggal 28 Februari 2011, maka lahirlah puteri syurga hati saya dan suami. Lahirnya dia mengukuhkan ikatan hati kami suami isteri. Di lahirkan pada 2:14 petang di Hospital Selayang, Selangor. Norhamizah Binti Muhammad Ghazali nama abah yang beri sempena puteri kesayangannya. Semasa mengandungkan dia saya tidak mempunyai alah yang panjang. Hanya 3 bulan di awal kehamilan sahaja. Bersyukur sangat-sangat.

Cuma sewaktu kehamilan saya amat-amat mudah sensitif dengan sikap suami walaupun hanya hal yang kecil. Jika di ikutkan sebenarnya, adakalanya perkara itu adalah perkara biasa. Tetapi boleh menjadi luar biasa pada saya. Membawakan budak, begitu kiranya. Semasa mengandungkan dia, saya masih bekerja. Pada masa itu saya berulang-alik dari Bukit Beruntung ke Sg.Way dengan bas syarikat. Jika kerja shift pagi saya bagun seawal 4 pagi untuk bersiap ke tempat kerja. Bas datang dalam pukul 5 pagi. Suami yang menunggu sehingga bas datang.

Malah semasa mengandungkan dia juga, saya lebih suka turun naik tangga. Saya bekerja di tingkat 4. Pernah juga di tegur kerana telalu kerap turun naik tangga tanpa menggunakan lift. Boleh dikatakan hampir 10x turun naik tangga untuk chek barang. Saya akui, mengandungkan Norhamizah saya seorang yang amat aktif dan suka makan.

Saya suka makan lontong dan tauhu goreng yang berinti sayur. Hampir setiap hari saya makan makanan ini. Bila di rumah suami kerap beli buah. Maka jus segala buah di lakukan. Malah campuran buah-buahan juga. Sepanjang kehamilan saya HB darah saya adalah rendah. Ini kerana saya tidak boleh di pisahkan dengan kopi. Walaupun minum jus buah, kopi saya tidak tinggal. Cuma belum sampai tahap rujuk hospital.

Seperkara yang saya ingat 2 hari sebelum bersalin adalah saya seorang makan 2 kilo kerang rebus dan cuba meminta cuti sakit di sebuah klinik di Bukit Beruntung. Terkejut suami saya, betapa banyaknya saya meratah kerang rebus. Manakala saya mengalami cirit-birit. Saya berterus-terang dengan doktor. Saya minta sehari. Tetapi doktor terus bagi 2 hari cuti sakit. Alangkah indahnya dapat cuti banyak.

Saya sebenarnya di jangka bersalin 27 Mac 2011. Tetapi 28 Februari 2011, hari ke dua saya dapat cuti sakit. Maka seperti biasa hendak kejut suami solat subuh tiba-tiba nampak titik-titik darah di lantai. Tetapi tidak sakit. Saya telefon emak saya bertanya hendak buat macam mana. Emak saya meminta kami pergi hospital walaupun tidak sakit. Semasa tunggu suami mandi dan solat subuh, saya masih sempat minum 1 kole besar milo ais. Selepas solat, terkejut suami saya. Pagi-pagi minum milo ais, bukan sedikit tapi sekole besar. Tapi masa itu saya betul-betul haus.

Masa itu tidak tahu samaada hendak pergi Hospital Selayang atau Hospital Sungai Buluh. Saya serahkan kepada suami hendak buat keputusan. Bila keluar rumah pukul 7 pagi pada hari Isnin, sememangnya sesak teruk di Rawang. Masa itu juga sakit sikit-sikit mulai datang. Sampai di Hospital Selayang lebih kurang pukul 8:30 pagi. Suami uruskan semua. Yang pasti cirit-birit saya masih tidak hilang. Berkali-kali juga ke tandas. Sampai suami marah, takut terbersalin di tandas. Semasa doktor hendak chek bukaan, terpecah air ketuban. Secara automatik saya terpaksa masuk bilik bersalin lebih kurang pukul 11:00 pagi.

Semasa di bilik bersalin saya sentiasa di temani suami. Malah saya juga terlalu haus. Saya merayu pada jururawat hendak minum. Saya dapat minum 3 gelas air. Banyak bukan?. Kira-kira pukul 2 petang saya mengalami sakit yang terlalu kerap. Maka bila doktor chek, bukaan sudah pun 10cm. Maka saya di ajar untuk memberi tekanan semasa kelahiran. Alhamdulillah, 2:14 petang selamat melahirkan puteri kami dengan berat badan 2.61kg. Badan bayi yang masih melekit itu diambil oleh suami dan terus di qamatkan. Kemudian di letakkan di dada. Betapa indahnya sakit bersalin itu yang tidak mampu di ucap dengan kata-kata. Mulai saat itu bermula jua gelaran baru buat kami suami isteri. Iaitu abah dan ibu. Antara sebab saya terbersalin awal adalah HB darah yang rendah.

Terima kasih Allah kerana memberi kami peluang memiliki gelaran itu di sertakan tanggungjawab. Bersyukur jua, kini puteri kesayangan kami berusia 4 tahun. Puteri kami amat rapat dengan abah. Malah perkataan "abah di mana" sentiasa bermain di bibirnya. Walaupun dia tahu abahnya bekerja. Semoga puteri hati kami menjadi anak yang soleh. Berguna pada agama, masyarakat dan negara. Di permudahkan perjalanan hidup dan jodohnya. Sekian



Telekung Jersey

Assalammualaikum.

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga telekung ini. Telekung ini menggunakan kain Jersey. Material ini adalah tidak panas. Ini juga adalah pertama kali saya menjahit menggunakan material ini. Seperti biasa telekung ini adalah "Pre-Order". Material, warna dan saiz adalah pilihan pelanggan sendiri. Telekung ini masih mengekalkan awning yang berenda dan bergetah penuh.

Namun begitu saya masih membuat 2 lapis untuk telekung ini. Ini masih mengekalkan sepertimana saya jahit menggunakan kain cotton. Cuma material jersey ini mempunyai pilihan warna walaupun tidak banyak. Akan tetapi warna putih masih menjadi pilihan. Saya masih menggunakan renda cotton.

Putih pilihan utama

Hijau lembut menjadi pilihan sahabat saya
Untuk menambah baik, saya telah meletakkan renda kecil pada cantuman bahagian dalam dan luar telekung. Ini kerana setelah puas mencari maka kini baru saya menjumpai harga yang boleh dikira murah sedikit dari sebelum ini. Ini adalah renda kecil.



Sekian.

PRE- ORDER telekung masih di buka. 

Khamis, 19 Februari 2015

Awning Telekung

Assalammualaikum..


Buat pertama kalinya saya menjahit awning telekung berwarna hijau. Bukan itu sahaja malah menggunakan material kain yang berbeza. Material kain ini adalah jenis kain jersi. Yang pasti tidak senipis yang biasa kita lihat semasa kendutri-kendara yang dibuat lapik meja.

Material kain ini adalah tidak panas dan tidak berat seperti kain lycra. Saya juga suka dengan material ini. Untuk kain yang berwarna hanya ada pemintaan yan serius sahaja.  Berbanding warna putih. Ini kerana warna putih agak mudah di cari berbanding berwarna. 

Malah sehingga kini saya lebih sukan putih. Tidak ketinggalan juga material kain "cotton". Cuma sekarang saya cuba usahakan kain "cotton" bersulam untuk bahagian telekung. Ini kerana sebelum Tahun Baru Cina sahaja stok kain "cotton" bersulam telah habis. Saya menggunakan kain bidang 60" sahaja. Ini adalah sesuai untuk telekung dewasa. Sekian.

Saya masih menerima Pre-Oder Telekung Dewasa 

Rabu, 18 Februari 2015

Bread Maker ku

Assalammualaikum..

  Hari ini sessi meroti lagi. Alhamdulillah, anak-anak dan suami suka makan. Jimat juga membuat roti sendiri. Apabila asyik kerap meroti, akhirnya saya mengalah untuk membeli Bread Maker (BM). Harga lebih kurang RM255 tidak termasuk pos. Saya membeli pada 2 Januari yang lalu. Kira-kira sudah sebulan  saya menggunakan. Saya membeli secara online. Ini kerana wang hasil menjahit dan jualan dropship online semuanya di dalam bank. Jadi saya membeli secara online. Memudahkan saya, kerana mesin ATM juga jauh dari rumah.

 Menjimat kan masa. Malah bukan itu sahaja, kebersihan juga terjaga. Bukan apa, bila menguli menggunakan tangan mengambil masa yang lama. Malah habis menguli, baru saya boleh membasuh bekas-bekas yang di gunakan untuk sukatan tadi. Jika menggunakan BM, masuk semua sekali. Maka sementara mesin menguli, saya boleh membasuh bekas-bekas sukatan. Ini adalah BM kesayangan saya.


Untuk BM saya ini ada 19 prosess. Kapasiti untuk menguli adalah 1000 gram ( 1 kilogram).
Antara prosess yang ada ialah 
  1. Basic
  2. Quick
  3. Sweet 
  4. Frech
  5. Whole wheat
  6. Rice bread
  7. Gluten free
  8. Dessert
  9. Mix
  10. Dough
  11. Knead
  12. Cake 
  13. Jam
  14. Yogurt
  15. Bake
  16. Sticky rice
  17. Rice wine
  18. Defrost
  19. Stir-fry
     Alhamdulillah, banyak juga bakti BM ini. Puas juga makan roti malah ada kalanya bekalkan suami untuk pergi kerja. Malah anak-anak pun suka makan roti yang baru. Semoga saya dapat menerokai fungsi-fungsi BM saya ini. Sekian.


       


Rabu, 11 Februari 2015

Buku Allah Tempat Meminta

SUDAH BOLEH BELI DAN MILIKI SEKARANG. 

Hanya RM25 Termasuk Pos (Sem)
               RM 28 Termasuk Pos ( Sabah / Sarawak)

BUKU ATM (ALLAH TEMPAT MEMINTA)
Dapatkan buku ATM. Kita baca, kita amal dan kita nikmati hasilnya.
*********************
Sebuah buku yang mengandungi 40 kisah ( benar ) ditambah dengan modul latihan praktikal (bagaimana) untuk mendapat dan menikmati kehidupan yang sejahtera.
Kita boleh cuba ( apa yang dicadangkan ) di dalam buku ini selama setahun .Iaitu bermula Januari 2014 hingga Disember 2014.
Dan buktikan sendiri hasilnya.
Di dalam buku ATM ini , kami pilih 40 cerita benar dari hampir 400 cerita, yang dihantar oleh mereka yang mahu berkongsi kisah ( keberhasilan ) masing-masing.
Asalnya mereka merupakan pembaca buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki ), dan kisah-kisah itu merupakan kisah mereka setelah beramal dengan apa yang sudah diketahui.
Justeru, buku ATM ini, hadir untuk memudahkan lagi pemahaman kita dan keyakinan kita berkenaan idea bahawa:
********************
Sesungguhnya menjemput rezeki, lebih mudah berbanding mencari rezeki.




Berminat boleh hubungi saya:
Norliza Tomiran

Selasa, 10 Februari 2015

Kelebihan Kelas Online

Antara Kebaikan menyertai kelas online ini:

 1) Silibus yang diberi adalah langkah demi langkah, boleh rujuk e-book.
 2) Kita dimasukkan dalam group atau kumpulan yang sama-sama belajar.
 3) Tambah silaturahim walau tidak pernah bersua dengan pelajar lain tapi kita masih boleh berkomunikasi dan bertukar idea 
4) Masa bertanya adalah 24jam/7hari seminggu pada bila-bila saja.
5) Apa-apa sahaja kemuskilan boleh ditanya bukan sahaja mengenai kelas blog dan fanpages tetapi juga mengenai selok belok perniagaan online.
 6) Cikgu amat ramah, boleh berborak segala hal...ada masa pula cikgu luangkan dan menaip untuk jawab segalanya 
7) Semangat yang diberi menjadikan kita tidak mudah jatuh 
8) Cikgu yang amat tegas dan tidak mudah berdolak dalih 
9) Sebarang masalah dengan pelangan boleh dikongsikan, cikgu sedia mendengar dan memberi pendapat yang baik berdasarkan pengalaman beliau yang bertahun dalam bidang ini. 
10) Yang paling menarik, produk niaga diberi dan kita dapat komisen, tak perlu keluar modal dalaman. 
Alhamdulillah yuran belajar yang saya bayar semasa permulaan dulu sudah lama terbayar. 

Pilih mana-mana kelas berikut dan daftar mengikut pilihan anda. 
1. Kelas Asas blog dan penulisan 
2. Kelas asas blog, fan page, mula bisnes 
3. Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif
 4. Kelas belajar iklan mudah.my 
5. Kelas asas urus akaun wahm/soho-daftar. 
6. Kelas penulisan ebook pertama. 
7. Pendaftaran pengurus online
 8. Tempahan blog bisnes- 5 hari siap
 9. Beriklan
 Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia.

Blouse Batwing

Assalammualaikum..

Alhamdulillah, rezeki jua akhirnya. Sebenarnya saya sudah lama berkenan fesyen "batwing" ini. Tetapi seperti biasa, masih tidak tahu cara membuat pola "batwing" ini. Orang lain kongsikan gambaran pun masih tidak dapat faham. Jika ingin pergi belajar lagi, rasanya masa tidak mengizinkan. Saya suka fesyen ini kerana kelonggaran. Tetapi saya belum cuma untuk diri sendiri.

Pada 6 Februari bersamaan hari Jumaat yang penuh barakah, saya ternampak "post" yang saya idam-idamkan selama ini FB dari Yasalma Collection. Saya mengikuti FB cikgu Yasalma. Cikgu Yasalma terkenal mengajar menjahit tanpa menggunakan pola. Ebook "Blouse Batwing" di beri diskaun. Hanya RM10 !. Membeli sambil menderma. Saya dan suami juga pernah menonton cikgu Yasalma menjahit di TV Al Hijrah. Bukan saya sahaja suka, suami terus kata "senangnya dia jahit baju".


Pada mulanya ada sedikit pemulaan membeli ada sedikit kesulitan. Tetapi kerana betul-betul inginkan "ebook" ini, saya berusaha. Alhamdulillah, layanan dari Cikgu Nisa sangat baik. Walaupun petang itu katanya sudah emailkan. Tetapi waktu malam baru saya berkesempatan membuka email. Tetapi tiada, kemudian saya PM kembali Cikgu Nisa. Alhamdulillah, Cikgu Nisa beri lagi "link" dan "password" untuk "ebook" tersebut. Terima kasih Cikgu Nisa.

Bila terkenal menjahit tanpa melukis pola, maka "ebook" ini juga sama. Tetapi untuk pemulaan "ebook" ini mengajar membuat "blouse" pada kertas A4 dahulu. Bila sudah ada teknik yang betul, baru terus buat pada kain. Sebenarnya ada juga jubah yang saya buat tanpa pola. Tetapi berdasarkan pada panduan. Seperti biasa kertas A4 adalah pemulaan. 

Untuk percubaan pertama, saya mencuba "blouse" anak dahulu. Ukuran yang di bagi, saya kecilkan. Maka terhasil "blouse" anak dara tersayang.


Bila sudah melihat anak dara pakai elok, maka ibu juga teringinkannya. Tetapi kena tunggu masa yang sesuai untuk menjahit "blouse" ini. "Blouse" ini longgar dan selesa. Sekarang bukan "blouse batwing" sahaja, malah ramai sudah suka jubah "batwing" ini. Bila melihat "blouse batwing" in, teringat zaman Fauziah Ahmad Daud ( Kak Ogy)  dalam lakonan Ali Setan..hihi. Yang pasti fesyen lama kini sudah kembali. Sekian.

Salam Sayang