Assalammualaikum.
Sebelum puasa 2014, saya ada menerima tempahan telekung dari bekas 'Supervisor' saya. Dia adalah seorang yang kurus dan tinggi lampai. Dia berkata gak susah mencari telekung untuk orang yang tinggi. Maka dia cuba menempah dengan saya. Alhamdulillah, selepas siap sepasang telekung, dia menempah lagi telekung untuk pengasuh anak pula. Tiada sapa sangka rezeki datang begitu. Tetapi pada masa itu saya membuat telekung dalam pakej beg telekung sekali. Cuma buat masa ini beg telekung tidak dapat saya penuhi lagi kerana masa. Sekian.
Sabtu, 27 Disember 2014
Jumaat, 26 Disember 2014
Telekung dan Beg Telekung
Gambar: Peribadi
Assalammualaikum.
Betapa seronoknya menjahit telekung sebelum Bulan Ramadhan yang lalu. Saya akui sebelum puasa saya hanya menjahit telekung sepenuh masa untuk memenuhi pemintaan bulan Ramadhan. Ini kerana bulan Ramadhan, saya hanya menjahit baju-baju raya keluarga sahaja.
Majoriti saya menjahit telekung berwarna putih sahaja.Ini kerana pemintaan telekung putih amat tinggi. Malah saya hanya menggunakan kain cotton yang berkualiti walaupun tiada sulaman bunga.. Saya juga seorang yang cerewet memilih kain.
Antara gambar-gambar lain.
![]() |
Bawah Telekung |
![]() Awning Telekung |
Malah pada masa itu saya membuat pakej sekali dengan beg. Ini memudahkan penyimpanan telekung. Saya menggunakan kain cotton. Alhamdulillah, pemintaan beg telekung juga memberangsangkan. Beg telekung yang berzip serta bertangkai. Senang di bawa. Cuma kini saya memberhentikan sementara membuat beg telekung. Ini kerana saya memberi tumpuan tempahan pukal telekung yang saya ambil. Tempahan pukal memerlukan lebih perhatian. Walaupun begitu saya masih tetap mangambil tempahan telekung seperti biasa. Sekian. |
Khamis, 25 Disember 2014
Komen Pembeli Baju Kurung Moden
Assalammualaikum
Alhamdulillah. Baju Kurung Moden milik rakan sekerja dulu telah sampai kepada empunya diri. Empunya diri berpuas hati. Saya sebenarnya menolak menerima tempahan baju dari orang luar. Bukan apa, saya belum ada keyakinan diri. Tetapi setelah di pujuk rakan sekerja, akhirnya saya akur. Alhamdulillah, dia berpuas hati. Sekian
Rabu, 24 Disember 2014
Banjir Di Pantai Timur
Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Google dan Perkongsian rakan-rakan FB
Assalammualaikum.
Sungguh sedih melihat rakan-rakan yang berada di Pantai Timur. Musibah di landa banjir yang terburuk. . Malah bila melihat berita, menyatakan bertambah buruk. Ya Allah, amat berat ujian mereka. Semoga mereka-mereka tabah dan sabar atas ujian ini
Di landa banjir sememangnya di Pantai Timur pada penghujung tahun. Fenomena bulan hampir dengan bumi akan menjadikan air pasang besar dan hujan lebat. Maka banjir menjadi lebih teruk dari sebelumnya. Marilah kita bersam-sama berdoa untuk rakan-rakan kita di sana.
Di antara gambar yang rakan-rakan FB kongsikan.
Semoga banjir besar ini cepat surut. Bersama-samala kita berdoa ke Allah.
Gambar: Google dan Perkongsian rakan-rakan FB
Assalammualaikum.
Sungguh sedih melihat rakan-rakan yang berada di Pantai Timur. Musibah di landa banjir yang terburuk. . Malah bila melihat berita, menyatakan bertambah buruk. Ya Allah, amat berat ujian mereka. Semoga mereka-mereka tabah dan sabar atas ujian ini
Di landa banjir sememangnya di Pantai Timur pada penghujung tahun. Fenomena bulan hampir dengan bumi akan menjadikan air pasang besar dan hujan lebat. Maka banjir menjadi lebih teruk dari sebelumnya. Marilah kita bersam-sama berdoa untuk rakan-rakan kita di sana.
Di antara gambar yang rakan-rakan FB kongsikan.
Semoga banjir besar ini cepat surut. Bersama-samala kita berdoa ke Allah.
Cara menjahit kelim
Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi
Assalammualaikum.
Gambar: Peribadi
Assalammualaikum.
Seperti yang di janjikan saya akan menulis entri cara menjahit kelim pada cadar. Ini saya saya. Cara ini boleh di gunakan jika anda tiada mesin jahit tepi bisa tetapi berkeinginan untuk menjahit cadar anda sendiri.
Cara ini juga boleh di gunakan pada bucu cadar. Tetapi lipat 1/2" kemudian 1/2" dan jahit. Untuk toturial jahit getah cadar Click Di Sini.
Kini tiada masalah untuk anda untuk menjahit sendiri cadar anda walaupun tiada mesin jahit tepi. Sekian.
Salam Sayang.
Untuk mendapatkan buku ini, boleh hubungi saya:
Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmil.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini
Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmil.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini
Selasa, 23 Disember 2014
Roti sosej
Teks: Norliza Tomiran Gambar: Peribadi. Assalammualaikum. Pada hari isnin selepas pulang dari rumah kelurga saya, suami minta buatkan roti untuk bekalan. Bila kerja waktu malam, suami saya wajib bawa bekal. Tetapi biasanya nasi, Alhamdulillah, terhasil juga roti di saat akhir. Saya buatkan roti sosej sahaja. Saya hanya menggunakan resepi asas roti sahaja. |
![]() |
Roti sosej. Kerana ada yang inginkan resepi asas roti ini, maka saya kongsikan resepi asas roti yang saya gunakan. Di bawah ini resepinya. Resepi Doh Asas Roti 1 Biji Telur 220ml Air 1st Garam 3sb Gula 3sb Susu Tepung 75g Majerin/ Butter 1/4st Bread Softner 1st Bread Improver 500g Tepung High Protien 11g Instant Yis Cara-cara 1) Saya menggunakan mixer untuk menguli. Jadi saya masukkan bahan-bahan kering dahulu. Terakhir baru masukkan air. Air saya masukkan sikit-sikit. 2) Kemudian saya uli menggunakan tangan kerana mixer saya tidak mampu untuk uli sepenuhnya. Bila menguli menggunakan tangan mengambil masa sedikit. Lebih kurang 40minit ~ 1jam mengikut kekuatan jari jemari anda. 3) Uli sehingga kenyal atau lebih mudah tidak melekat di tangan dan bila tarik doh tidak putus. 4) Setelah siap tutup doh dengan plastik selama 1 jam atau hingga doh naik. Cara yang untuk cepat, panaskan oven dalam 10minit. Kemudian `OFFKAN`. Kemudian letakan doh yang bertutup itu dalam oven. PASTIKAN OVEN `OFF` 5) Setelah kembang, keluarkan dan tumbuk-tumbuk doh supaya keluar angin. 6) Baru bentukan doh seperti kemahuan anda. 7) Sapukan air , telur atau madu diatas doh yang telah di bentuk serta biarkan doh mengembang lagi sekali. 8) Kemudian baru bakar mengikut oven panduan anda. 9) Selepas bakar sapukan majerin atau telur. Saya membuat roti hanya untuk makan seisi kelurga sahaja. Buat masa ini saya hanya mengunakan resepi roti asas ini sahaja. Alhamdulillah, puas makan dan menjimatkan. Sekian. Salam Sayang Norliza Tomiran Email: norlizatomiran@gmil.com SMS: 012-2431590 Tempahan: Clik Di Sini |
Isnin, 22 Disember 2014
Aktiviti hujung minggu dan baju moden
Gambar: Peribadi
Assalammualaikum..
Pada hari Ahad petang, 21 Disember saya ke rumah mertua saya. Hendak di jadikan cerita. Suami tiba-tiba berkata hendak balik rumah mertua. Saya sebenarnya ada jadual untuk sesi pengeposan baju kurung moden kawan dan set cadar adik saya pada hari Isnin. Tetapi baju kurung moden itu masih belum siap pada hari sabtu. Ini kerana saya pergi ke majlis rewang untuk kenduri arwah di taman kejiranan kami,
Suami pulak berkata sudah selepas isyak. Saya berkata boleh, tetapi tengah hari. Ini kerana malam nanti saya cuba siapkan baju itu, untuk di hantar ke rumah keluarga saya pada hari isnin. Alhamdulillah, suami setuju.
Aktiviti anak-anak di kebun mertua. Temankan suami mengemas apa-apa yang patut.
Permata hati kami
Aktiviti anak-anak di kebun mertua. Temankan suami mengemas apa-apa yang patut.
![]() |
Norhamizah |
![]() |
Muhammad Ali Imran |
Permata hati kami
Maka pada malam itu saya sedaya-upaya menyiapkan baju kurung moden itu. Alhamdulillah, siap pada jam 5.15pagi. Saya mula menjahit selepas anak-anak tidur. Baju kurung moden pertama saya jahit untuk orang lain. Inilah hasilnya baju itu.
Ahad, 21 Disember 2014
Belajar menjahitt sambil menderma
Teks: Norliza Tomiran
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi guru saya Puan Yanti . No telefon 018 - 2878 164.
Anda juga boleh melihat di blog Florabeadz Academy untuk mengetahui lebih lanjut. Sekian
Gambar: Florabeadz Academy
Assalammualaikum.
Di sini saya ingin kongsikan kelas jahitan di Florabeadz Academy. Florabeadz Academy ini merupakan tempat saya belajar melukis pola-pola jubah.
Florabeadz Academy kini ada menganjurkan kelas menjahit sambil menderma. Anak kepada Puan Nazila Kamaruddin iaitu adik Ammar. Adik Ammar memerlukan RM200 ribu untuk mempercepatkan pemindahan hati di luar negara. Adik Ammar mengalami masalah bengkak hati atau biliary atresia.
Kelas Baju Ammar akan di adakan di tempat Puan Kuzie ku Abas. Ini maklumat lengkap untuk anda yang ingin mengikuti kelas baju Ammar.
Yuran: Rm200 (Diskaun RM50 dari Florabeadz Academy biasa RM250)
Masa: 10 pagi ~ 6 petang
Tarikh: 31 Januari 2015
Tempat: 21A jalan LP 2A/1, Taman Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi guru saya Puan Yanti . No telefon 018 - 2878 164.
Anda juga boleh melihat di blog Florabeadz Academy untuk mengetahui lebih lanjut. Sekian
![]() |
Fesyen baju yang akan di ajar. |
Jumaat, 19 Disember 2014
Sesi meroti
Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Peribadi.
Assalammualaikum
Untuk hujung tahun ini banyak yang perlu saya siapkan. Sememangnya agak berserabut juga.
Begini keadaan bila bekerja di rumah.
Pembahagian masa adalah utama.
Hari isnin ada pengeposan untuk set cadar dan sepasang baju kurung moden. Seperti biasa, bila ibu menjahit. Anak-anak sibuk meminta untuk mereka juga,
Bila lukis pola, mereka meminta mengukur badan mereka. Siap bagi kain pilihan. Cuma ibu meminta berikan masa untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Baru mereka. Mereka sememangnya dapat tetapi lewat sedikit.
Bila ibu sudah stress, ibu buatkan roti untuk di makan seisi keluraga. Adunan roti dapat 2 loyang. Alhamdulillah, puas makan 1 keluarga.
Roti jenis ini amat laris sekarang. Mana yang mencari idea bisnes. Ini adalah salah 1 idea bisnes makanan. Kawasan rumah saya siap melakukkan penghantaran di depan rumah. Untuk harga ikut kawasan masing-masing termasuk taraf ekonomi sekitarnya.
Di kawasan saya roti ini dijual RM8/ bekas.. Kalau beli 1 bekas tidak mencukupi. Beli 2 bekas rasa macam tidak berbaloi. Maka buat sendiri, makan sendiri. Puas hati dan jimat. Untuk Resepi Asas Roti. Sekian.
Salam Sayang.
Untuk mendapatkan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes ini, boleh hubungi saya:
Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmil.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini
Gambar: Peribadi.
Assalammualaikum
Roti Butterscotch |
Untuk hujung tahun ini banyak yang perlu saya siapkan. Sememangnya agak berserabut juga.
Begini keadaan bila bekerja di rumah.
Pembahagian masa adalah utama.
Hari isnin ada pengeposan untuk set cadar dan sepasang baju kurung moden. Seperti biasa, bila ibu menjahit. Anak-anak sibuk meminta untuk mereka juga,
Bila lukis pola, mereka meminta mengukur badan mereka. Siap bagi kain pilihan. Cuma ibu meminta berikan masa untuk menyiapkan tempahan pelanggan. Baru mereka. Mereka sememangnya dapat tetapi lewat sedikit.
Bila ibu sudah stress, ibu buatkan roti untuk di makan seisi keluraga. Adunan roti dapat 2 loyang. Alhamdulillah, puas makan 1 keluarga.
Roti jenis ini amat laris sekarang. Mana yang mencari idea bisnes. Ini adalah salah 1 idea bisnes makanan. Kawasan rumah saya siap melakukkan penghantaran di depan rumah. Untuk harga ikut kawasan masing-masing termasuk taraf ekonomi sekitarnya.
Di kawasan saya roti ini dijual RM8/ bekas.. Kalau beli 1 bekas tidak mencukupi. Beli 2 bekas rasa macam tidak berbaloi. Maka buat sendiri, makan sendiri. Puas hati dan jimat. Untuk Resepi Asas Roti. Sekian.
Salam Sayang.
Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmil.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini
Khamis, 18 Disember 2014
Cara menjahit cadar fitted (bergetah)
Gambar: Peribadi
Assalammualaikum.
Alhamdulillah, malam tadi saya ada buat set cadar pelanggan saya. Jadi saya cuba kongsikan cara saya menjahit cadar fitted. Saya berharap semoga anda faham. Jika ada sebarang keraguan, boleh bertanya. In sha Allah saya cuba menjawab.
Cara jahit getah cadar ada banyak cara. Ini cara saya belajar dan saya gunakan. Getah yang tidak nampak. Ada juga cara getah nampak. Untuk cara itu saya tidak berapa pandai. Saya juga tidak pernah lagi mencuba cara yang itu. Cuma cara yang itu saya pernah beli masa dulu-dulu, sebelum pandai menjahit cadar sendiri.
Untuk kain cadar ini, saya membuat saiz bujang. Saiz tilam pelanggan saya lebar 36" dan panjang 78". Kain yang di beri adalah bidang 96". Kain yang di perlukan adalah 1.6meter.
Cara-cara menjahit cadar bergetah.
![]() |
Kain lipat 4 |
![]() |
Lebar Cadar |
![]() |
Penambahan kain untuk panjang cadar |
![]() |
Untuk penyambung jahit 1/2" |
![]() |
Keadaan penyambung selepas jahit |
![]() |
Untuk mendapatkan panjang cadar |
![]() |
Di bucu kain tandakan segiempat tepat 13"x13". Cara untuk mendapatkan ukuran 13" X 13" Click Di Sini |
![]() |
Kain yang di potong segiempat tepat mesti ada 4 keping. Ini kerana ada 4 bucu. |
![]() |
Keadaan bucu. |
![]() |
Pin kan yang di potong tadi. |
![]() |
Mula jahit 1/2" dari bucu hingga bawah. |
![]() |
Kemudian jahit tepi. Jika tiada jahit tepi boleh kelim 1/2". |
![]() |
Boleh jahit tepi keliling cadar untuk kekemasan. Tetapi terpulang kerana apabila menjahit keliling nanti, jahitan tepi ini tidak nampak. |
![]() |
Untuk bahagian getah di atas dan bawah cadar. Jadi tandakan 15" di sisi kanan dan kiri cadar bermula dari bucu. |
![]() |
Saya menggunakan tapak zip untk kelim getah di dalam. |
![]() |
Saya menggunakan getah bersaiz 1" |
![]() |
Lebihkan getah 1/2" sebelum jahit dan jahit menegak di atas getah supaya getah tidak bergerak. |
![]() |
Untuk kelim ini saya lipat 1/2" dahulu baru letak getah 1". Kemudian lipat lagi. Apabila menggunakan tapak zip, tapak rapat dengan getah di bahagian dalam. |
![]() |
Kekemasan di bahagian kelim. |
![]() |
Setelah akhir jahit kelim, baru angkat tapak. jarum turun kan. baru mula tarik getah. Jika berasa agak sukar, matikan jahitan itu, baru tarik getah kemudian pinkan. |
![]() |
Baru jahit menegak dan matikan jahitan. Kemudian potong getah lebihan. Tinggalkan 1/2". |
![]() |
Hasil bila sudah siap bahagian getah. Versi luar dan dalam. |
Salam sayang.
Untuk mendapatkan Ebook 101 Idea Home-Based Bisnes ini, boleh hubungi saya:
Norliza Tomiran
Email: norlizatomiran@gmil.com
SMS: 012-2431590
Tempahan: Clik Di Sini
Langgan:
Catatan (Atom)