Sabtu, 1 November 2014

Jahit Beg

Teks: Norliza Tomiran
Gambar: Sendiri & Google

  Assalammualaikum.

Beg Kesayangan

   Antara hobi saya bila jemu menjahit telekung atau baju ialah saya menjahit beg untuk kegunaan sendiri. Saya tidak pernah belajar secara khusus menjahit beg.  Sekadar hobi semata-mata. Beg di sebelah adalah beg kesayangan saya. Emily Bag. "PDF Pattern" beg dari Emily Butler. Menggunakan seluar "jeans" yang tidak saya gunakan lagi. Sememangnya "best" kerana beg ni besar. Muat masuk lampin pakai buang anak, baju salin anak2 dan susu anak bila berjalan2. Malah muat juga mengisi bekas makanan jika pergi berkelah. Di tambah pula kain yang di gunakan. Kain "jeans yang sememangnya tahan lasak.

   Beg ini saya beli "PDF pattern" dari internet. "PDF Pattern" ini adalah lebih kurang sama seperti "ebook". Melalui email juga.  Biasanya saya mencari  di Michelle Patterns. Cuma bezanya pola di sediakan. "print" sendiri di rumah. Arahan melekatkan pola di beri. Kebanyakkan "PDF pattern" beg dari luar negara dan berbahasa Inggeris.  Tetapi melihat gambar pun kadang2 boleh faham cara untuk buat. Saya kadang2 suka juga membeli "PDF pattern" beg. Ini kerana lebih murah kerana tiada kos penghantaran hanya melalui email. Di Malaysia, saya hanya baru tahu 1 sahaja yang ada menjual "PDF pattern" beg, iaitu Imaz Zaman di Imazz Patterns. Ini ada versi bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Imazz Patterns juga ada menjual buku "pattern" beg. Tetapi kos pos di perlukan.

   Adakalanya ada jualan murah untuk "pattern " beg. Terutama hujung tahun. Yang ini tidak tentu. Kadang2 hanya 2 hari sahaja. Nilai untuk berjual beli juga menggunakan USD. Jika menggunakan "PayPal", nilai sudah di tukar secara "auto" kepada Ringgit Malaysia sewaktu membuat pembayaran. Buat masa ini saya hanya pernah beli "pattern" beg sahaja. Untuk "pattern" baju saya tidak pernah membeli. Jadi saya tiada pengalaman mengenai "PDF pattern" baju.

    Saya juga ada membeli buku2 beg. Saya suka dengan "pattern" Amy Butler. Ada 1 "pattern" beg Amy Butler yang saya inginkan tetapi belum pun memilikinya. Saya juga ada koleksi buku Taiwan. Pelik bukan??. Saya bukan faham langsung bahasa Taiwan. Saya beli kemudian bertanya kepada kawan2. Walaupun pun saya tidak pernah buat lagi beg seperti dalam buku itu, tetapi saya sudah pun menulis nota bahasa Melayu. In sha Allah, akan datang saya ingin cuba.

   Sebenarnya, buku2 beg juga ada sediakan pola. Cuma kita kena rajin sedikit. Iaitu menekap kembali pola tersebut jika ingin membuat beg.  Yang paling menarik, pola2 beg tiada basi. Senang bukan??. Cuma bahan2 menjahit beg agak susah dicari melainkan beli online. Ini antara koleksi buku2 beg saya. Sekadar perkongsian sahaja. Sekian


Sesuai untuk pemulaan belajar menjahit beg


Buku Amy Butler

Buku Taiwan
Salam Sayang


3 ulasan:

  1. Waalaikumusalam.. saya dah link ke blog saya bawah sub Kraft Malaysia ya.
    Salam kenal dan saya dari ABDR juga

    BalasPadam
  2. Assalam kak. Salam kenal dari saya juga. Terima kasih kak.

    BalasPadam
  3. Salam perkenalan.... boleh tahu beli buku2 tu kt mana?

    BalasPadam